AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Press Releases

Program Sembang Usahawan Di Bandar Tun Razak



BANDAR TUN RAZAK – Agrobank hari ini menganjurkan program ‘Sembang Usahawan’ dan juga Majlis Penyampaian Surat  Penghargaan dan juga surat tawaran pembiayaan kepada pelanggan.  Majlis ini telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) di Dewan Semai Bakti 3, Keratong 3, Bandar Tun Razak, Pahang.

Sembang Usahawan merupakan satu sesi perkongsian usahawan berjaya yang turut merupakan pelanggan Agrobank.  Ahli ‘Sembang Usahawan’ terdiri daripada usahawan berjaya; Encik Ramlee bin Jusoh dari Syarikat Wahuda Maju (perniagaan hasil laut segar dan beku),Encik Sermail bin Sidek  dari Gading Pekan Enterprise (pemborong beras) dan Encik Masri bin Huat @ Hot dari Masri Processing (pemprosesan ayam).  Sesi ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dan juga pengalaman usahawan dalam membangun dan memajukan perniagaan yang turut menjadi inspirasi dan memberi motivasi untuk penduduk setempat menceburi bidang perniagaaan.

Usaha ini selaras dengan dasar Bank yang sentiasa mendekati pelanggan-pelanggannya terutama usahawan baru yang terlibat dalam industri berasaskan pertanian. Melalui program komuniti di Keratong 3, pihak usahawan dan orang ramai  mendapat penerangan terkini tentang kemudahan pembiayaan, simpanan, takaful dan lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Agrobank serta membuat pertanyaan terus akan segala kemusykilan  tentang produk dan perkhidmatan kepada pegawai Bank.

Agrobank merupakan institusi kewangan pembangunan (DFI) telah diberi mandat oleh kerajaan untuk membangunkan bidang pertanian dengan menyediakan pembiayaan dan kemudahan kredit terutamanya kepada usahawan pertanian. Sejak penubuhannya pada tahun 1970, Agrobank telah menyediakan perkhidmatan perbankan kepada golongan unserved and underserved seperti di kawasan luar bandar atau pendalaman.

“Selama lebih 46 tahun, Agrobank telah memainkan peranan penting dalam menyediakan pembiayaan untuk sektor pertanian di Malaysia. Untuk segmen pembiayaan pertanian, Agrobank telah menyumbang 11.1%, daripada keseluruhan pasaran pembiayaan pertanian pada tahun 2014.

“Sebagai Bank yang memahami sektor pertanian, Agrobank menyediakan pembiayaan yang menyeluruh (holistic) dan merangkumi  full chain financing  (pembiayaan rantaian penuh) dari aktiviti huluan seperti pembekalan input-input pengeluaran pertanian hingga ke aktiviti hiliran, iaitu pemprosesan dan penjualan produk pertanian kepada pengguna.Agrobank merupakan antara agensi yang menjadi wahana untuk membangun dan memperkasakan sektor pertanian negara,” demikian dinyatakan olehYB Dato’ Seri Ismail Sabri dalam ucapan beliau.

Di majlis itu juga,YB Dato’ Seri Ismail Sabri, turut menyampaikan surat tawaran pembiayaan Agrobank kepada 4 orang usahawan mikro di daerah Rompin dengan jumlah pembiayaan sebanyak hampir RM300,000.00 Antara perniagaan yang dijalankan oleh usahawan ini ialahpenyelenggaraan ladang sawit, jual beli kelapa sawit, kedai runcit dan juga bengkel besi.

  • English
  • Bahasa