AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Kempen Setia dan Menang



Kempen Setia dan Menang

Tempoh Kempen

1 Mac 2018 hingga 28 Februari 2019

Mekanisma

Kempen 

  • Kempen “Customer Retention Program” Ar Rahnu (“Kempen”) terbuka kepada pelanggan-pelanggan Ar Rahnu yang baru dan sedia ada (“Pelanggan”) yang bermastautin di Malaysia sahaja;

  • Kakitangan Agrobank sama ada tetap atau kontrak adalah tidak layak menyertai Kempen ini;

  • Pelanggan layak untuk membuat lanjutan lebih dari satu akaun;

  • Jumlah pinjaman mestilah sama dengan sebelumnya ketika lanjutan dibuat;

  • Transaksi pinjaman RM100 dan ke atas adalah layak untuk menyertai Kempen ini;

 

Kriteria Pemilihan 

Dalam menentukan para pemenang Kempen, sistem Mata Terkumpul (MT) digambarkan seperti di bawah. Bagi setiap satu (1) MT, Pelanggan akan berpeluang untuk menyertai satu cabutan. Oleh itu, semakin banyak akaun Ar-Rahnu Pelanggan dikekalkan dengan Agrobank sepanjang Tempoh Kempen, semakin tinggi peluang untuk menang.

 

JUMLAH PINJAMAN

MATA TERKUMPUL

RM100 – RM10,000

Lima (5) MT

RM10,001 – RM20,000

Sepuluh (10) MT

RM20,001 dan ke atas

Dua Puluh (20) MT

Sekiranya penjelasan/penebusan dibuat sebelum tarikh cabutan iaitu pada bulan September 2019, Pelanggan adalah tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

Pelanggan dengan jumlah kutipan MT di akhir Tempoh Kempen akan berpeluang menyertai cabutan seperti berikut:

Cabutan

  • Calon akan disenarai pendek secara rawak melalui sistem pada bulan September 2019.
  • Calon yang telah disenarai pendek dan telah berjaya memenangi satu (1) hadiah di dalam ketegori pemenang adalah tidak layak untuk memenangi hadiah lain yang ditawarkan oleh Agrobank.

Pemenang akan ditentukan oleh jawatankuasa pemilihan pemenang dan sebarang keputusan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, pertanyaan, rayuan, mahupun bantahan dan pertikaian tidak akan dilayan. 

 

Hadiah

Kempen ini menawarkan hadiah-hadiah seperti berikut menerusi cabutan:

 

Hadiah Untuk Dimenangi

Bilangan Pemenang

20 gram Wafer Emas (999)

 

Tiga (3) pemenang  Hadiah Pertama.

 

10 gram Wafer Emas (999)

 

Tiga (3) pemenang Hadiah Kedua.

 

5 gram Wafer Emas (999)

 

Tiga Puluh (30) pemenang Hadiah Ketiga.

 

Jumlah Pemenang

Tiga Puluh Enam (36) pemenang untuk sepanjang Tempoh Kempen.

 

Terma & Syarat

  • Hadiah hendaklah didaftarkan di atas nama pemenang (jika berkenaan).

  • Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar (kepada wafer emas yang berbeza saiz, warna, atau model selain daripada wafer emas yang telah ditentukan oleh Agrobank untuk hadiah-hadiah cabutan) dan tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di sini.

  • Pemenang Kempen ini hendaklah bertanggungjawab ke atas semua cukai, kadar, yuran kerajaan atau apa-apa caj yang boleh dikenakan terhadap mereka di bawah undang-undang, jika berkenaan.

  • Sebaik sahaja wafer emas telah didaftarkan di bawah nama pemenang, pemenang hendaklah bertanggungjawab terhadap semua perkara-perkara yang berkaitan dengan wafer emas berkenaan dan Agrobank hendaklah dilepaskan daripada apa-apa liabiliti atau tanggungjawab ke atas wafer emas tersebut.

  • Agrobank mempunyai hak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Muat turun Terma dan Syarat

  • English
  • Bahasa