Agrobank menjemput calon-calon yang layak dan berminat untuk memohon jawatan-jawatan kosong di bawah. Permohonan hendaklah dihantar secara online atau pos atau dengan tangan ke alamat berikut:-

Agrobank,
Manpower Planning, Recruitment & Placement,
Level 12, Leboh Pasar Besar,
Peti Surat 10815,
50726 Kuala Lumpur

Tarikh tutup permohonan : 10 Februari 2012

Untuk maklumat lanjut berhubung jawatan-jawatan yang diiklankan, sila hubungi Saifasrina binti Bathiar (Rina) di 03-2731 1600 ext 1236.
Pengawal Keselamatan Kanan (1 Kekosongan)
 


Tanggungjawab utama

  • Menyelia pasukan Penolong Pengawal Keselamatan / Assistant Security Officer (ASO)
  • Merancang/menyediakan jadual tugas untuk pasukan ASO dan memeriksa pengawal di pos bertugas
  • Memantau dan mengawasi operasi harian keselamatan
  • Memastikan prestasi dan disiplin pasukan ASO sentiasa baik dan teratur
  • Memastikan langkah-langkah pencegahan fizikal dan elektronik adalah tersusun/teratur
  • Memastikan fungsi system pengawasan keselamatan elektronik seperti kamera rakaman TV (CCTV), walkie-talkie, Guard Tour System sentiasa berfungsi dan dalam keadaan baik
  • Melaporkan dengan segera segala insiden/situasi yang mencurigakan/kemalangan kepada Pengawal Keselamatan untuk tindakan lanjut
  • Melapor tugas-tugas harian berkaitan operasi keselamatan kepada Pengawal Keselamatan
  • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa
     

Syarat-syarat kelayakan

  • Sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman kerja sebagai Pengawal Keselamatan atau pernah mengawalselia bangunan/pejabat/premis
  • Berintegrasi, keupayaan fizikal yang baik dan komited
  • Sanggup bekerja lebih masa, shif (malam), hujung minggu dan/atau cuti umum
  • Memahami dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu (BM) dan/atau Bahasa Inggeris (BI)
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang merupakan bekas angkatan tentera/anggota polis
  • Mempunyai pengetahuan yang luas tentang panel kebakaran (fire panel), sistem kunci kad akses (card key access system) dan kamera rakaman TV (CCTV)
  • Celik komputer

 

 
Pengawal Keselamatan (2 Kekosongan)
 


Tanggungjawab utama

    • Bertanggungjawab atas semua perkara/aspek berkaitan dengan keselamatan
    • Menguatkuasa prosidur kawalan akses, pemeriksaan keselamatan, rondaan dan pengawasan, kawalan lalulintas dan keadaan tindakbalas kecemasan (emergency situation response)
    • Berkebolehan menulis laporan
    • Menghadiri semua “kecemasan” di lokasi
    • Berkebolehan mengenalpasti tindakan-tindakan yang sesuai dalam menyelesaikan masalah-masalah/isu-isu keselamatan
    • Berdisiplin tinggi, berintegrasi dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas
    • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh penyelia dari semasa ke semasa
       

    Syarat-syarat kelayakan

    • Sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    • Sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja sebagai Pengawal Keselamatan atau pernah mengawalselia bangunan/pejabat/premis
    • Berintegrasi, keupayaan fizikal yang baik dan komited
    • Sanggup bekerja lebih masa, shif (malam), hujung minggu dan/atau cuti umum
    • Memahami dan boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu (BM) dan/atau Bahasa Inggeris (BI)
    • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang merupakan bekas angkatan tentera/anggota polis
    • Mempunyai pengetahuan yang luas tentang panel kebakaran (fire panel), sistem kunci kad akses  (card key access system) dan kamera rakaman TV (CCTV)
    • Celik komputer

     

 

Print
  
Best Viewed using IE Version 7.0 or Mozilla Firefox Version 2.0 and above with a screen resolution of 1024 X 768