AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Self-Service Terminal (SST) – (ATM/CICO/CQM)

Agrobank menyediakan :

257 mesin teler automatik (ATM)
146 mesin cash-In cash-Out (CICO)
15 mesin deposit cek (CQM)
7 mesin deposit syiling (CoDM)
40 daripada ATM and 8 daripada CICO ini adalah terletak di luar premis Agrobank.

Kemudahan yang disediakan kepada pelanggan ialah :

  • Perkhidmatan ATM yang selesa dalam tempoh antara jam 4.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam
  • Pelanggan hanya memerlukan satu kad sahaja yang boleh dihubungkan kepada sehingga 8 akaun Agrobank mereka.
  • Pertanyaan baki simpanan
  • Pengeluaran wang secara pilihan jumlah sendiri atau Wang Segera
  • Penukaran PIN mengikut keselesaan pelanggan
  • Mendapatkan Penyata Mini Akaun
  • Pemindahan wang ke akaun sendiri
  • Pemindahan wang ke akaun pihak ketiga
  • Permintaan Arahan Perdana
  • Kemudahan MEPS (Pindahan Segera/Interbank GIRO - Pembayaran Kad Kredit dan akaun Pembiayaan 
  • Perkhidmatan bayaran Bil (Telekom, TMNet, Astro, TNB dan Celcom

Kemudahan yang disediakan kepada pelanggan kad bank lain (mempunyai logo MEPS) di ATM Agrobank:

  • Pengeluaran Wang
  • Pindahan Segera
  • Pertanyaan Baki Akaun

Langkah-langkah untuk melaksanakan transaksi pindahan GIRO antara bank (IBG) di ATM

  • Masukkan kad ATM ke mesin.
  • Pilih bahasa untuk digunakan samada Bahasa Malaysia atau Inggeris.
  • Masukkan nombor PIN.
  • Pilih Pindahan Wang.
  • Pilih Pindahan GIRO Antara Bank.
  • Pilih Teruskan pada skrin pemberitahuan tentang caj RM0.10 untuk transaksi IBG.
  • Pilih bank penerima wang pindahan dan masukkan kod bank.
  • Masukkan nombor akaun penerima.
  • Masukkan jumlah wang yang akan dipindahkan.
  • Status pindahan wang akan dipaparkan dan resit akan dicetak.

Langkah-langkah untuk melaksanakan transaksi Pindahan Segera antara bank menggunakan kad Agrobank di ATM Agrobank

  • Masukkan kad ATM ke mesin.
  • Pilih bahasa untuk digunakan samada Bahasa Malaysia atau Inggeris.
  • Masukkan nombor PIN.
  • Pilih Pindahan Wang.
  • Pilih Pemindahan Segera.
  • Pilih jenis akaun penerima.
  • Pilih bank penerima wang pindahan dan masukkan kod bank.
  • Masukkan nombor akaun penerima.
  • Masukkan jumlah wang yang akan dipindahkan.
  • Sahkan nama penerima, nombor akaun penerima, jumlah pindahan dan bank penerima.
  • Status pindahan wang akan dipaparkan dan resit akan dicetak.

Langkah-langkah untuk melaksanakan transaksi pindahan segera antara bank menggunakan kad bank lain (yang mempunyai logo MEPS) di ATM Agrobank

  • Masukkan kad ATM ke mesin.
  • Pilih bahasa untuk digunakan samada Bahasa Malaysia atau Inggeris.
  • Masukkan nombor PIN.
  • Pilih Pemindahan Segera.
  • Pilih jenis akaun pemegang kad.
  • Pilih bank penerima wang pindahan.