AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

RM200K Dana Galak Usahawan Melon Manis Di Terengganu



KUALA TERENGGANU, 7 MEI 2023 – Agrobank giat melahirkan lebih ramai usahawan Melon Manis Terengganu (MMT) menerusi usahasama strategik Program Inkubasi Usahawan Tanaman Melon Manis Terengganu dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) hari ini.

Program berteraskan konsep seed funding oleh Agrobank ini memberi peluang kepada usahawan yang terpilih untuk mempelajari teknik tanaman yang betul selain membantu usahawan  usahawan ini menjana pendapatan berterusan.

Menurut Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, program ini merupakan inisiatif kali kedua dengan nilai keseluruhan peruntukan dana berjumlah lebih RM200,000.00 yang memberi manfaat kepada lebih 10 peserta. Sebagai sebuah bank pembangunan, kami menitik beratkan usahawan- usahawan kecil khususnya usahawan Start Up untuk membina perniagaan mereka. Kepentingan kami berbeza daripada bank-bank komersial lain”, tambahnya.

Melalui Agrobank Centre of Excellent (ACE), kami akan menerapkan minda keusahawanan kepada para usahawan yang terpilih, membimbing mereka untuk mahir pengurusan Kewangan, melengkapkan mereka dengan kemahiran Pemasaran Digital dan Perancangan Perniagaan.

“Kami menerapkan nilai-nilai hand holding di mana kami akan bersama mereka dari hari pertama dan seterusnya memantau usahawan-usahawan yang menyertai program ini sehingga mereka tamat program.

Kami turut berkolaborasi dengan Ko Sahabat, iaitu koperasi dibawah naungan UniSZA untuk  memberi bimbingan dan latihan yang proaktif dan akomodasi bagi memastikan projek ini tersusun rapi dan menghasilkan tanaman yang mampan dari segi penghasilan buahya serta keuntungan hasilnya.

Pada sesi pertama program ini pada tahun lalu, nilai bersih keuntungan mencecah hampir RM50,000 selama 6 bulan. Kami percaya tanaman melon manis ini berpotensi untuk di komersialkan ke peringkat lebih jauh dan kami sedang giat merangka untuk membantu usahawan ini untuk memasarkan hasil tanaman mereka ke luar negara, kata Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Yang Mulia Dato’ Tengku Ahmad Badi Shah Raja Hussin.

Turut hadir di majlis penyerahan sumbangan Program Inkubasi Usahawan Tanaman Melon Manis Terengganu Agrobank dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Unisza, Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas, Timbalan Naik Canselor Akademik dan Antarabangsa UniSZA.