AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Umum Pelarasan Kadar 50 Mata Selepas Pemotongan OPR



KUALA LUMPUR – Agrobank hari ini mengumumkan kadar pembiayaan terkini dengan mengurangkan Kadar Asas (BR) kepada 2.60% dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) kepada 5.75%. Selaras dengan semakan tersebut, Agrobank juga akan menyelaraskan Akaun Islamik Pulangan Tetap-i (FRIA-i) ke atas semua tempoh.

Ini adalah berikutan daripada pengumuman yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini akan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 50 mata asas daripada 2.50% kepada 2.00%, merupakan pemotongan OPR yang ketiga untuk tahun ini.

Menurut Khadijah Iskandar, Penanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, BR dan BFR serta kadar keuntungan FRIA-i yang disemak semula oleh Agrobank akan berkuat kuasa pada 13 Mei 2020.

“Potongan OPR ketiga pada tahun 2020 ini mencerminkan keperluan penting untuk terus menyokong ekonomi Malaysia berikutan wabak Covid-19 yang telah melemahkan keadaan ekonomi global dalam tempoh kebelakangan ini. Pelarasan ini adalah penting untuk memastikan ekonomi domestik dapat terus berada di landasan pertumbuhan yang stabil,” kata Khadijah.

“Agrobank tetap komited untuk membantu para usahawan kami melalui tempoh yang mencabar ini dengan menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan kewangan yang holistik melangkaui perbankan kepada pelbagai segmen komuniti pertanian termasuk perniagaan mikro dan PKS,” katanya.