AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Siaran Akhbar

Agrobank Dan UPM Jalin Kerjasama Untuk Program Pensijilan Pertanian



KUALA LUMPUR – Agrobank hari ini menandatangani dokumen setuju terima bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi satu program latihan dan pensijilan yang dikenali sebagai Program Pensijilan Pertanian Agrobank-UPM (AU-ACP). Program ini merupakan satu usaha meningkatkan pengetahuan kakitangan baharu Agrobank dalam pelbagai cabang bidang pertanian serta inisiatif terkini dalam aktiviti perniagaan berasaskan pertanian.

Program selama enam (6) bulan ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman kakitangan Agrobank terutamanya dalam menilai cadangan kertas kerja perniagaan yang berasaskan pertanian. Modul yang telah dihasilkan oleh UPM ini mengandungi subjek-subjek yang berkaitan dengan aktiviti pertanian yang memfokuskan segmen agro makanan, komoditi, akuakultur, penternakan, teknologi pertanian dan industri asas tani. Selain daripada itu, modul ini turut menekankan tentang menaiktaraf aplikasi dalam pengurusan tanaman komersial bagi memastikan para peserta mendapat pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dan kemahiran dalam aktiviti perniagaan berasaskan pertanian.

Dokumen setuju terima tersebut telah ditandatangani oleh Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dan Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris, Naib Canselor UPM serta disaksikan oleh YB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi. Majlis telah berlangsung di serdang bersempena dengan Hari Terbuka Fakulti Pertanian, UPM.
Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata Agrobank komited dalam memastikan warga kerjanya dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengakses projek berasaskan pertanian secara efektif.

“Seiring dengan sasaran program pembangunan kami, Agrobank akan terus berusaha menghasilkan modul latihan baharu dengan pelbagai rakan strategik kami seperti UPM, MARDI, Jabatan Perikanan serta pakar dalam industri pertanian. Agrobank dan UPM berkongsi matlamat yang sama iaitu bagi membangunkan sektor pertanian negara. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan UPM yang sentiasa komited ke arah kejayaan serta sentiasa mendapat pengiktirafan daripada badan-badan antarabangsa. Tahniah diucapkan kepada UPM di atas kejayaan terbaharu mereka kerana telah menerima pengiktirafan daripada ‘QS World University Ranking’ baru-baru ini. Penganugerahan ini pastinya mengukuhkan lagi reputasi
UPM sebagai institusi pengajian tinggi yang berkualiti tinggi terutamanya dalam menyediakan kepakaran dalam bidang pendidikan, kajian dan pembangunan”, kata Dato’ Wan Mohd Fadzmi.

“Selepas memeterai Memorandum Persefahaman pertama kami pada tahun 2014, pelbagai inisiatif telah diusahakan secara bersama oleh Agrobank dan UPM. Program pengiktirafan yang terbaharu ini merupakan satu lagi kerjasama yang memfokuskan kepada kekuatan keduadua organisasi dalam mencapai matlamat kami”, tambah beliau lagi.

  • English
  • Bahasa