AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Kolaborasi KADA Dan Agrobank Untuk Tingkatkan Manfaat Buat Komuniti Pertanian



Putrajaya – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Kada dan Agrobank telah meraikan kerjasama strategik dengan penyempurnaan projek pengurusan wang tunai. Majlis ini telah diadakan sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) di Wisma Tani Putrajaya.

Untuk meraikan kerjasama ini, satu upacara simbolik disempurnakan oleh pihak KADA yang diwakili oleh YB Datuk Md Alwi Che Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KADA dan pihak Agrobank yang diwakili oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank. Turut menyaksikan ialah YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan turut disertai Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/CEO Agrobank dan Encik Mohd Ridzuan Ismail Pengurus Besar KADA.

Pada tahun lalu, Kada dan Agrobank telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang mengariskan tiga (3) bidang kerjasama iaitu solusi pengurusan tunai (cash management solutins) melalui AgroNetBiz, perlindungan takaful dan ejen perbankan, AgroAgent.

Menurut Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Agrobank sangat berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh pihak KADA untuk menyediakan perkhidmatan perbankan dan kewangan untuk KADA. “Pengurusan wang tunai (cash management solutions) merupakan perkhidmatan kewangan terbaru yang disediakan oleh Agrobank untuk memenuhi keperluan perbankan pelangggan komersil dan korporat.

Solusi ini adalah berteraskan sistem perbankan dalam talian Agrobank yang dikenali sebagai AgroNetBiz. Dengan solusi ini, kita membantu pihak KADA untuk beralih dari sistem pembayaran menggunakan cek kepada pembayaran dalam talian (e-payment). Kita berbangga dengan pihak pengurusan KADA yang bervisi jauh dan menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan sistem pembayaran dalam talian (e-payment),” kata Tan Sri Mohamad Zabidi.

Menurut YB Datuk Md Alwi Che Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah KADA, KADA menyambut baik kerjasama di antara KADA dan Agrobank. “Sejarah kerjasama di antara KADA dan Agrobank telah lama bermula kerana kedua-dua pihak mempunyai mandat dan sasaran kumpulan yang sama iaitu komuniti pertanian. Kolaborasi kali ini lebih menjurus kepada usaha pengurusan kewangan tunai, perlindungan takaful khusus untuk KADA dan perlantikan ejen perbankan, AgroAgent.

“Sememangnya kerjasama di antara Agrobank dan KADA adalah usaha dalam memperkasakan dan meningkatkan sinergi antara agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan operasi dan memberi manfaat untuk kumpulan sasaran,” kata Datuk Md Alwi.

Menerusi kerjasama ini, Agrobank telah menambah baik sistem sedia ada bagi menjadikan ia format patuh SAGA (System Accounting for Government Agencies) untuk memudahkan proses pembayaran kepada pembekal. Antara khidmat yang turut diliputi ialah perkhidmatan bayaran secara pukal, pembayaran gaji, arahan tetap, pembayaran zakat dan bil serta banyak lagi.

Selain itu, di bawah program “Satu Petani Satu Takaful” seramai 2,459 orang ahli KADA telah mendapat perlindungan takaful dengan harga serendah RM20 setahun.

Melalui kerjasama yang sama, kesemua 13 PPK (Petubuhan Peladang Kebangsaan) di bawah KADA sudah dilantik menjadi ejen perbankan Agrobank yang dikenali sebagai AgroAgent. Ini membolehkan ejen untuk memberi khidmat kewangan asas seperti menyimpan dan mengeluarkan wang, membayar bil utiliti dan tambah nilai kad prabayar.

f81ec29e-e15f-4203-a662-6a5ff8a45e88