HELAIAN KETERANGAN PRODUK

(Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan memilih “Takaful Kasih Plus”. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syarat-syarat di dalam Sijil Takaful ini.)
TAKAFUL KASIH PLUS
DITAJA JAMIN OLEH : TAKAFUL IKHLAS BERHAD
Dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia
Tarikh : 01/09/2018

  1. Produk apakah ini?
    Pelan ini diperkenalkan secara ekslusif untuk pelanggan-pelanggan Bank Pertanian Malaysia (Agrobank) yang menyediakan perlindungan kewangan terhadap kemalangan pada bila-bila masa dan di mana sahaja di seluruh dunia.
    Sijil Takaful ini menyediakan pampasan sekiranya berlakunya kecederaan, hilang upaya atau kematian yang disebabkan semata-mata oleh keganasan, keadaan tidak sengaja dan faktor luaran yang ketara. Musibah ini mestilah disebabkan oleh KEMALANGAN, tertakluk kepada pengecualian yang dinyatakan.


  2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?
    Tabarru’ :
    Bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.
    Wakalah :
    Merujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, pihak Syarikat dilantik sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan Perniagaan Takaful dan yuran Wakalah (ujrah) akan dibayar kepada pihak Syarikat.


  3. Apakah perlindungan-perlindungan / manfaat-manfaat yang ditawarkan?
    Terdapat 6 pilihan pelan seperti berikut:
    Benefits TKP1 (RM) TKP2 (RM) TKP3 (RM) TKP4 (RM) TKP5 (RM) TKP6 (RM)
    Kematian 10,000 20,000 50,000 100,000 200,000 300,000
    Hilang Keupayaan Kekal 10,000 20,000 50,000 100,000 200,000 300,000
    Perbelanjaan Pengebumian 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000 6,000
    Elaun Hospital (Maksimum 30 hari) 10/ sehari 20/ sehari 30/ sehari 50/ sehari 100/ sehari 150/ sehari
    Perbelanjaan Perubatan 600 1,500 2,500 3,000 3,500 4,000

    Note: Sila rujuk kepada Skala Pampasan bagi Kematian dan Hilang Keupayaan Kekal di dalam Sijil Takaful. Tempoh perlindungan adalah untuk satu (1) tahun. Anda perlu memperbaharui perlindungan Takaful anda pada setiap tahun.


  4. Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar?
    Jumlah Sumbangan Takaful yang anda perlu bayar akan berbeza kepada jenis pelan yang diambil seperti yang tertera di bawah:
    Pelan TKP1 (RM) TKP2 (RM) TKP3 (RM) TKP4 (RM) TKP5 (RM) TKP6 (RM)
    Sumbangan Takaful Tahunan RM 10.00 RM 20.00 RM 50.00 RM 100.00 RM 200.00 RM 300.00
    Cukai Perkhidmatan RM 0.60 RM 1.20 RM 3.00 RM 6.00 RM 12.00 RM 18.00
    Jumlah Sumbangan Takaful Tahunan RM 10.60 RM 21.20 RM 53.00 RM 106.00 RM 212.00 RM 318.00

    Note: Perlindungan hanya berkuat kuasa di luar waktu bertugas bagi kakitangan beruniform (Polis, Tentera, Bomba, dsb) dan kakitangan Kelas 4 iaitu mereka yang bekerja sebagai pekerja manual melibatkan penggunaan peralatan jentera berat dan mesin. Peserta Takaful hanya boleh memilih satu (1) pelan semasa tempoh Takaful.


  5. Apakah yuran-yuran dan caj-caj yang perlu dibayar??
    Caj-caj yang dikenakan adalah seperti berikut:

    Bayaran yang perlu dijelaskan disamping jumlah Sumbangan Takaful:
    • Cukai yang digunapakai adalah tertakluk pada kadar semasa yang dikenakan
    • Duti setem : RM10.00 (dibayar oleh pemilik Sijil Takaful Induk)

    Bayaran lain yang termasuk dalam jumlah Sumbangan Takaful :
    • Yuran Wakalah -
      • Komisen: sehingga 25% daripada Sumbangan Takaful
      • Perbelanjaan pengurusan: sehingga 35% daripada Sumbangan Takaful

    Bayaran yang perlu dijelaskan jika anda membatalkan Sijil Takaful ini:-
    • Yuran Pembatalan : RM10.00


  6. Apakah terma-terma dan syarat-syarat utama yang perlu diketahui?
    Had Umur
    • 15 hari sehingga 75 tahun (hari jadi akan datang)

    Kepentingan Pendedahan
    • Anda mestilah menyatakan semua fakta penting seperti pekerjaan anda dan perihal peribadi yang boleh mempengaruhi penerimaan perlindungan, dan bilangan sijil serta jumlah Takaful Kemalangan Diri yang telah anda sertai dari mana-mana pengendali Takaful / insurans.

    Waranti Sumbangan Takaful
    • Ia adalah penting dan menjadi syarat khas Sijil Takaful ini bahawa Sumbangan Takaful yang perlu dibayar mestilah dibayar dan diterima oleh pengendali Takaful dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh permulaan Sijil Takaful ini atau endorsmen / pembaharuan Sijil Takaful.
    • Bilamana Sumbangan Takaful yang dibayar lanjutan dari waranti ini, diterima oleh wakil Syarikat yang diberi kuasa, bayaran tersebut akan dikira telah diterima oleh pihak Syarikat. Tanggungjawab bagi membuktikan Sumbangan Takaful perlu dibayar telah diterima oleh seseorang, termasuk ejen Takaful yang tidak diberi kuasa untuk menerima Sumbangan Takaful, terletak pada pengendali Takaful.
    • Waranti ini tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung di dalam Sijil Takaful ini.


  7. Apakah pengecualian-pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini?
    Sijil Takaful ini tidak memperuntukkan perlindungan ke atas kematian atau kecederaan yang disebabkan oleh:
    • Peperangan, serangan, perbuatan musuh asing, permusuhan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak), peperangan sivil, pemberontakan, revolusi, pemberontakan atau rampasan kuasa, mogok, rusuhan, kekecohan awam, kebangkitan tentera atau kebangkitan popular di manaOrang Yang Dilindungi secara langsung atau tidak langsung mengambil bahagian atau terlibat walau apa jua dalam aktiviti-aktiviti tersebut;
    • Penglibatan di dalam aktiviti keganasan;
    • Gila, bunuh diri (sama ada siuman atau tidak siuman) atau apa-apa percubaan ke arah itu oleh Orang Yang Dilindungi;
    • Kecacatan atau kelemahan fizikal atau mental sedia wujud Orang Yang Dilindungi;
    • Jangkitan bakteria atau virus, sebarang penyakit, rawatan perubatan atau pembedahan (kecuali sebagaimana yang perlu semata-mata akibat kecederaan yang dilindungi oleh Sijil Takaful ini dan dilaksanakan dalam masa yang tertera di dalam Sijil Takaful) kepada Orang Yang Dilindungi;
    • Bersalin, keguguran, kehamilan atau apa-apa komplikasi yang berkaitannya kepada Orang Yang Dilindungi;
    • Perbuatan asakan atau serangan yang dimulakan oleh Orang Yang Dilindungi yang menyebabkan dirinya terbunuh;
    • Sebarang perlakuan yang melanggar Undang-undang Sivil atau Syariah dan prinsip-prinsipnya oleh Orang Yang Dilindungi;
    • Hilang keupayaan kekal yang sedia ada atau kecederaan tubuh badan Orang Yang Dilindungi;
    • Penyalahgunaan bahan, alkohol dan/ atau dadah oleh Orang Yang Dilindungi;
    Note: Senarai ini bukan senarai yang lengkap. Sila rujuk Sijil Takaful untuk senarai penuh bagi pengecualian di bawah Sijil Takaful ini.


  8. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi?
    Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi memastikan semua surat-menyurat dapat disampaikan kepada anda tepat pada masanya.


  9. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?
    Sekiranya anda memerlukan informasi tambahan mengenai Takaful Kemalangan Diri, sila rujuk kepada buku panduan infoinsurans mengenai “Takaful Kemalangan Diri”. Anda boleh dapatkan satu salinan daripada pengantara Takaful anda atau layari laman web www.insuranceinfo.com.my

    Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Kasih Plus, sila hubungi kami di:

    Takaful IKHLAS Berhad | Jabatan Pengurusan Perhubungan Pelanggan
    IKHLAS Point Tower 11A | Avenue 5 Bangsar South | No. 8 Jalan Kerinchi | 59200 Kuala Lumpur
    Tel: 03-2723 9696 | Faks: 03-2723 9998

    Laman sesawang :www.takaful-ikhlas.com.my

    Emel: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my


  10. Jenis perlindungan Kemalangan Diri Takaful lain yang disediakan
    Sila hubungi cawangan Agrobank yang terdekat untuk maklumat lanjut.



NOTA PENTING:


ANDA DINASIHATKAN UNTUK MENGAMBIL PERHATIAN MENGENAI SKALA MANFAAT UNTUK KEMATIAN DAN HILANG KEUPAYAAN KEKAL DALAM SIJIL TAKAFUL ANDA. ANDA MESTI MENCALONKAN PENAMA DAN PASTIKAN PENAMA ANDA TAHU TENTANG SIJIL TAKAFUL KEMALANGAN DIRI YANG ANDA TELAH SERTAI. ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU HUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

MENURUT PERENGGAN 5 DARIPADA JADUAL 9 AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013, JIKA ANDA MEMOHON PRODUK TAKAFUL INI SEPENUHNYA UNTUK TUJUAN YANG TIDAK BERKAITAN PERDAGANGAN, PERNIAGAAN ATAU PROFESION ANDA, ANDA MEMPUNYAI KEWAJIPAN UNTUK MENGAMBIL LANGKAH PENJAGAAN MUNASABAH UNTUK TIDAK MEMBUAT SALAH NYATAAN SEMASA MENJAWAB SOALAN-SOALAN DALAM BORANG CADANGAN (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK PRODUK INI). ANDA DIKEHENDAKI MENJAWAB SOALAN-SOALAN DENGAN LENGKAP DAN TEPAT.

KEGAGALAN UNTUK MENGAMBIL PENJAGAAN MUNASABAH DALAM MENJAWAB SOALAN-SOALAN MUNGKIN MENGAKIBATKAN PEMBATALAN SIJIL TAKAFUL ANDA, PENOLAKAN ATAU PENGURANGAN TUNTUTAN, PERUBAHAN TERMA ATAU PENAMATAN SIJIL TAKAFUL ANDA.

KEWAJIPAN PENDEDAHAN DI ATAS ADALAH BERTERUSAN SEHINGGA SIJIL TAKAFUL ANDA DIBUAT, DIUBAH ATAU DIPERBAHARUI DENGAN KAMI.
SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA SOALAN-SOALAN DI DALAM BORANG CADANGAN (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK PRODUK INI), ANDA DIKEHENDAKI UNTUK MENDEDAHKAN APA-APA PERKARA LAIN YANG ANDA TAHU SEBAGAI BERKAITAN KEPADA KEPUTUSAN KAMI UNTUK MENERIMA ATAU TIDAK RISIKO INI DAN MENENTUKAN KADAR TERMA YANG HENDAK DIPAKAI.

ANDA JUGA MEMPUNYAI KEWAJIPAN UNTUK SEGERA MEMBERITAHU KAMI SEKIRANYA SETELAH SIJIL TAKAFUL ANDA DIBUAT, DIUBAH, ATAU DIPERBAHARUI DENGAN KAMI, APA-APA MAKLUMAT YANG DINYATAKAN DI DALAM BORANG CADANGAN (ATAU APABILA ANDA MEMOHON UNTUK TAKAFUL INI) TIDAK TEPAT ATAU TELAH BERUBAH.