Objektif Program
- Menarik golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun untuk menceburi bidang pertanian.
- Mengubah persepsi golongan muda terhadap sektor pertanian sebagai industri yang berdaya maju.
- Membantu meningkatkan pendapatan usahawan muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
- Menjadikan industri agromakanan sebagai bidang kerjaya masa depan yang menjana pendapatan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara.
Skop Program
Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan usahawan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut :
- Tanaman
- Perikanan
- Ternakan
- Industri Asas Tani
- Pemasaran
- Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
- Agropelancongan
Kelayakan
- Pemohon merupakan individu berwarganegara Malaysia.
- Pemohon berumur minimum 18 sehingga 40 tahun semasa permohonan pembiayaan dilakukan;
- Pemohonan terbuka kepada Individu, Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian dan Syarikat Sendirian Berhad.
- Pemohon hendaklah berdaftar dengan Unit Agropreneur Muda sebelum membuat permohonan pembiayaan.
(Pendaftaran dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang terdapat di cawangan Agrobank)
- Bagi Syarikat Pemilikan Tunggal / Enterprise, Perkongsian
Sekurang-kurangmya seorang rakan kongsi dikehendaki berdaftar dengan UAM.
- Bagi Syarikat Sendirian Berhad
Sekurang-kurangnya seorang Ahli Lembaga Pengarah dikehendaki berdaftar dengan UAM. - Pemohon hendaklah terlibat secara langsung dalam projek atau menguruskan projek tersebut;
- Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada program pakej pertanian seperti yang telah ditetapkan di bawah Projek Usahawan Tani Muda.
- Projek baru adalah TIDAK dibenarkan di bawah program ini.
- Projek yang akan dibiaya hendaklah projek yang telah beroperasi melebihi 12 bulan.
Had Pembiayaan
- RM 50,000.00 – RM200,000.00
Kadar Keuntungan
- Kadar keuntungan semasa adalah 2% setahun dikira berdasarkan baki bulanan.
Tempoh Pembiayaan
- Tempoh maksimum pembiayaan adalah 7 tahun (84 bulan).
*Kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476, layari laman sesawang rasmi www.agrobank.com.my atau datang ke cawangan terdekat Agrobank dengan mematuhi Garis Panduan (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).