AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Program Pertanian Pintar-i

Program Pertanian Pintar-i ini merupakan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank selaras dengan tumpuan ke atas pertanian pintar dan bernilai tinggi dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 oleh pihak Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menerusi Dasar Agromakanan Negara 2.0.

Program ini memberi penekanan kepada pemodenan sektor pertanian dan industri makanan di sepanjang rantaian nilai agromakanan melalui peningkatan penggunaan automasi dan teknologi yang berteraskan Revolusi Industri Keempat 4.0 (4IR).

 

SKOP PEMBIAYAAN

Skop pembiayaan ini melibatkan kemudahan pembiayaan di bawah konsep syariah (Tawarruq) yang melibatkan pembiayaan bagi kos berkaitan pembelian aset, kos pembangunan dan kos modal kerja bagi sektor pertanian dan industri makanan dengan penggunaan teknologi dan automasi yang berteraskan 4IR yang lebih efisien dan seterusnya dapat membantu meningkatkan hasil perniagaan/projek. Antara skop pembiayaan adalah seperti berikut:

  • Pembelian peralatan atau teknologi bagi memacu peningkatan pengeluaran hasil dengan kualiti yang lebih tinggio berbanding dengan kaedah konvensional;
  • Mendapatkan teknologi dan sistem yang telah digunapakai oleh mana-mana projek sedia ada dan diperakukan hasil dan/atau;
  • Modal bagi memperluaskan skop perniagaan dan pelaksanaan teknologi mesti menangani peningkatan penggunaan teknologi dan automasi berteraskan 4IR.

 

PERMOHONAN PEMBIAYAAN

Permohonan pembiayaan boleh dilakukan di mana-mana cawangan Agrobank yang berhampiran dengan lokasi perniagaan pemohon.

 

KELAYAKAN

  • Individu dan mana-mana entiti yang berdaftar dengan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia seperti SSM (syarikat, perusahaan, perkongsian) dan lain-lain.
  • Syarikat peneraju dan/atau usahawan yang terlibat dan/atau berdaftar dengan pembangunan komuniti usahawan.
  • Perniagaan yang diusahakan adalah patuh Syariah.
  • Usahawan yang telah mempunyai teknologi yang dibuktikan sah oleh Technology Validator yang diiktiraf oleh Bank yang terlibat dalam pembangunan komuniti pertanian.
  • Penilaian Kredit adalah mengikuti berdasarkan penilaian Agrobank (CCRIS, CTOS, analisis kewangan, dll).
  • Bukan di dalam proses kebankrapan atau telah diisytihar bankrap atau muflis atau di bawah sebarang penghakiman.
  • Skala operasi yang setara sesuai bagi tujuan komersial.
  • Hasil adalah bertujuan untuk penjualan domestik atau eksport.
  • Kegiatan perniagaan di bawah ruang / lot yang didaftarkan secara komersial menurut AKTA 172 (Bahagian IV Kawalan Perancangan, Seksyen 18) dan/ atau tindakan yang relevan yang berkaitan dengan penggunaan tanah untuk pertanian.
  • Teknologi yang akan digunakan berlandaskan Revolusi Industri Keempat (4IR) dan disahkan oleh Technology Validator yang diiktiraf oleh Agrobank.
  • Untuk model pertanian kontrak, usahawan telah menandatangani Surat Tawaran Projek dengan syarikat peneraju (pengurus projek) bagi projek pertanian pintar.
  • Bagi model pertanian bukan kontrak, kriteria kelayakan tambahan seperti berikut:
  • Operasi perniagaan dalam bidang yang sama sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dan/ atau;
  • Mesti menghasilkan sekurang-kurangnya dua (2) kitaran aktiviti pertanian yang sama.

 

KELAYAKAN JENIS PERNIAGAAN

  • Individu dan mana-mana entiti yang berdaftar dengan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia seperti SSM (syarikat, perusahaan, perkongsian) dan lain-lain;
  • Syarikat peneraju dan/ atau usahawan yang terlibat dan / atau berdaftar dengan pembangunan komuniti usahawan yang telah membuktikan teknologi yang disahkan oleh Technology Validator yang diiktiraf oleh Bank yang terlibat dalam pembangunan komuniti pertanian.

 

JENIS PRODUK PEMBIAYAAN

1. Pembiayaan Modal Kerja-i (MK-i)

Menyediakan perbelanjaan operasi tetapi tidak terhad kepada kos untuk pembelian benih, baja, penyelenggaraan dan utiliti sistem, gaji pekerja, overhead cost dan lain-lain yang berkaitan dengan operasi ladang.

2. Pembiayaan Berjangka-i/ Term Financing-i (TF-i)

Menyediakan perbelanjaan modal tetapi tidak terhad kepada kos input untuk pembelian benih, baja, peralatan teknologi, pemerolehan bahan untuk penanaman pertanian pintar.

 

TEMPOH KEMUDAHAN PEMBIAYAAN

Maksimum sehingga 10 tahun (120 bulan) termasuk tempoh moratorium maksima selama 12 bulan.

 

KADAR KEUNTUNGAN

  • Kadar efektif 3.5% setahun atas baki pembiayaan.
  • Perusahaan Kecil dan Sederhana: Hingga RM1 juta* setiap PKS.

 

HAD PEMBIAYAAN

  • Perusahaan Mikro: Hingga RM500,000* bagi setiap Perusahaan Mikro.
  • Jumlah Pembiayaan: Jumlah pembiayaan adalah jumlah agregat bagi pembiayaan CAPEX dan/ atau OPEX.
  • Had Maksimum: Tidak boleh melebihi had maksimum pembiayaan sebanyak RM1 juta* bagi setiap PKS dan RM500,000.00* setiap syarikat mikro (termasuk pembiayaan kepada PKS berkaitan dengan pemegang saham biasa > 20% pegangan saham).

* Nilai pembiayaan adalah tertakluk kepada kelayakan kredit pelanggan.

 

MARGIN PEMBIAYAAN

Sehingga 100% kos projek (termasuk takaful, setem duti dan lain-lain yang berkaitan) dan tertakluk kepada penilaian kredit dan jenis kemudahan yang ditawarkan.

 

SALURAN WANG PEMBIAYAAN

Wang pembiayaan akan disalurkan secara sekaligus atau berperingkat (mengikut progres kerja) kepada akaun pembekal yang telah dilantik dan dipersetujui atau pengurus projek (anchor company) atau pelanggan, tertakluk kepada perjanjian/ terma dan syarat pembiayaan.

 

CARA BAYARAN

Secara ansuran bulanan melalui mana-mana saluran berikut;

  • Arahan tetap (SI); atau
  • Deposit tunai (CDM); atau
  • Online Transfer [Automated Teller Machine (ATM) atau melalui perbankan internet]; atau
  • Melalui kaunter mana-mana cawangan Agrobank.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI TUJUAN PERMOHONAN

Borang permohonan kemudahan pembiayaan yang lengkap.

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama).
  • Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh enam (6) bulan terkini.
  • Salinan pendaftaran perniagaan atau lesen peniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.
  • Technology certification report/sijil pengesahan teknologi dari technology validator yang telah dikenalpasti.
  • Sebut harga daripada pembekal teknologi yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh technology validator.
  • Surat tawaran penyertaaan projek daripada syarikat anchor.
  • Lain-lain dokumen sokongan yang diperlukan di bawah program ini.

 

KETERANGAN LANJUT

Untuk sebarang keterangan lanjut sila hubungi;

  • Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476; atau
  • Layari laman sesawang rasmi Agrobank www.agrobank.com.my;  atau
  • Kunjungi cawangan Agrobank yang berdekatan; atau
  • Layari media sosial rasmi Agrobank Facebook, Instagram, Twitter.

 

Muat Turun Soalan-soalan Lazim