Tujuan program ini adalah ke arah pembangunan industri perikanan di pinggir pantai menerusi Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Tangkapan bagi menggalakkan penggunaan peralatan mesra alam dan peningkatan mekanisasi peralatan tangkapan vesel di Zon Perikanan A, B, C dan C2 di seluruh Malaysia
Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Nelayan sah yang berdaftar dan memiliki lesen/ permit Zon A, B, C atau C2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
- Mempunyai surat kelulusan permit pembinaan vesel C2 bagi permohonan baru kategori C2 yang belum dilesenkan
- Berumur antara 18 tahun pada tarikh permohonan sehingga 70 tahun pada tempoh matang pembiayaan
- Bagi Pelanggan yang tidak memenuhi syarat kelayakan umur boleh menghantar permohonan melalui permohonan bersama
- Tidak diisytiharkan bankrap atau mempunyai tindakan undang-undang yang boleh mengakibatkan kebankrapan
- Lesen vesel adalah di bawah pemilikan pemohon
- Vesel yang ingin dinaiktaraf adalah vesel asal (yang didaftarkan bagi lesen penangkapan ikan yang dikeluarkan oleh DOF)
- Mengisytiharkan pendaratan ikan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)/ DOF (kecuali bagi pemegang permit C2 baharu)
- Syarat-syarat kelayakan yang dinyatakan di atas adalah tertakluk pada polisi dan peraturan yang dikeluarkan oleh DOF dari semasa ke semasa
Dokumen Diperlukan
- Borang Permohonan kemudahan yang lengkap diisi
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama)
- Bukti kelulusan naik taraf daripada DOF seperti E-Lesen atau lain-lain yang diiktiraf oleh DOF
- ‘General Arrangement (GA) Plan’ yang disahkan oleh DOF (sekiranya berkaitan)
- Lesen/ Permit Perikanan yang dikeluarkan oleh DOF
- Penyata Bank bagi enam (6) bulan yang terkini
- Surat Kelulusan bagi permit C2 (terpakai untuk nelayan Zon C2 yang belum dilesenkan)
- Rekod Pendaratan Hasil Ikan atau unjuran pendapatan yang ditetapkan oleh DOF berdasarkan naik taraf kapal
- Invois atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan kos naik taraf
- Laporan verifikasi kapal daripada syarikat pemeriksaan kapal yang bertauliah/ diperakui bagi pemantauan pembinaan kapal (jika berkenaan)
- Lain-lain dokumen yang berkaitan sepertimana diperlukan oleh Agrobank
Muat Turun Soalan- soalan Lazim