AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Program Dana Pembiayaan Agromakanan Keluarga Malaysia (DPAKM)

DPAKM ialah ‘program pembiayaan’ yang menawarkan kemudahan pembiayaan kepada usahawan PKS dan penternak ayam, ruminan (lembu & kambing), tanaman sayur-sayuran dan lain-lain dalam skop yang diluluskan dan dinasihatkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dari semasa ke semasa dengan jumlah pembiayaan sehingga RM5.0 Juta.

Program ini bagi menyokong agenda yang dihasratkan iaitu memperkasakan pengeluaran makanan negara bagi menjamin kelestarian bekalan makanan pada masa hadapan.

Konsep Syariah

  • Program ini adalah berasaskan konsep syariah Tawarruq

Kelayakan

Syarat Kelayakan

  • Perniagaan yang berkaitan dengan penternak ayam, ruminan (lembu dan kambing) tanaman sayur-sayuran dan lain-lain dalam skop yang diluluskan dan dinasihatkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dari semasa ke semasa.
  • Sendirian Berhad, Pemilik Tunggal, Perkongsian / Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) daripada sektor yang dinyatakan di atas dengan sekurang-kurangnya 51% saham dipegang dan dikawal oleh warganegara Malaysia.
Tidak termasuk: 

a. Entiti yang disenaraikan awam di papan utama; dan

 

b. Anak syarikat: 

  • Syarikat Tersenarai Awam di papan utama;
  • Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC);
  • Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD); dan
  • Perusahaan milik negara

 

  • Bukan individu; pemilik/rakan kongsi/pengarah/pemegang saham berumur antara 18 tahun (pada masa permohonan) dan 70 tahun (pada tempoh matang pembiayaan);
  • Tidak diisytiharkan muflis dan tidak mempunyai tindakan undang-undang yang membenarkan tindakan muflis.
  • Aktiviti perniagaan mestilah patuh Syariah.

Pembiayaan

Skop Pembiayaan

  • Skop pembiayaan adalah tertakluk kepada peruntukan yang disasarkan dan sektor yang disasarkan. Membiayai CAPEX dan OPEX di sepanjang rantaian nilai agromakanan dan lain-lain dalam skop yang diluluskan dan dinasihatkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dari semasa ke semasa.​

 

Jenis Produk Pembiayaan

Pembiayaan Modal Kerja-i (MK-i)

Menyediakan perbelanjaan operasi tetapi tidak terhad kepada kos untuk pembelian benih, baja, penyelenggaraan dan sistem utiliti, gaji pekerja, overhead cost dan lain-lain yang berkaitan dengan operasi ladang.​

Pembiayaan Berjangka-i/ Term Financing-i (TF-i)

Menyediakan perbelanjaan modal tetapi tidak terhad kepada kos input untuk pembelian benih, baja, peralatan teknologi, pemerolehan bahan untuk industri terlibat.

Agro Cash Line-i

Kemudahan overdraf untuk membiayai perniagaan yang berasaskan industri-industri yang terlibat dalam skop program ini.​

 Tradeline

Produk-produk yang ditawarkan di bawah pembiayaan perdagangan Agrobank.​

 

Tempoh Kemudahan Pembiayaan

  • Sehingga 102 bulan termasuk sebarang moratorium dan/ atau tempoh tangguh yang diberikan.

 

Had Pembiayaan

  • Sehingga RM5,000,000.00 (Setiap pelanggan/ kumpulan)

Kadar Keuntungan

Pembiayaan Berjangka-i (TF-i)
  • 0% untuk tempoh moratorium 6 bulan diberikan dan selepas itu pada 3% setahun dikira pada kadar rehat bulanan dan/ atau;
  • Tempoh penangguhan sehingga 12 bulan dimana bahagian keuntungan kemudahan perlu dibayar semasa tempoh penangguhan.

Modal Kerja-i (MK-i) / 

Agro Cashline-i/ Tradeline

  • 3.0% sepanjang tempoh pembiayaan.

 

Lembaran Maklumat Produk (BM)

Lembaran Maklumat Produk (English)

Soalan Lazim (BM)

Soalan Lazim (English)

Muat Turun Poster

CONTACT US