AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Skim Pembiayaan Usahawan Bumiputera Agromakanan (AgroPutra)

AgroPutra merupakan program Skim Pembiayaan Usahawan Bumiputera Agromakanan (AgroPutra) yang bertujuan untuk menyediakan dana bagi merangsang pertumbuhan perniagaan sedia ada dan baru yang dimiliki oleh usahawan Bumiputera dalam kategori mikro dan kecil.

Program ini terbahagi kepada dua (2) segmen :

  • AgroPutra Niaga - Untuk menyediakan pembiayaan kepada perniagaan Bumiputera yang sedia ada yang memberi fokus kepada perusahaan pengeluaran makanan yang merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan, bermula dari pengeluaran hasil sumber makanan (penanaman, pertanian, dan perikanan), pemprosesan, pengedaran, pemasaran, dan perkhidmatan penyediaan makanan.
  • AgroPutra Tunas - Untuk menyediakan pembiayaan awal kepada usahawan baru mikro (termasuk graduan yang baru menamatkan pengajian) bagi memulakan perniagaan berasaskan penyediaan, pemprosesan dan penyimpanan makanan. Antara contoh perniagaan adalah seperti kafetaria, peruncitan sejuk beku, pusat pemprosesan makanan, pusat penyediaan makanan, katering dan mana-mana yang seumpama dengannya.

 

Konsep Shariah

Tawarruq :

  • Produk ini mengguna pakai konsep tawarruq yang melibatkan dua kontrak jual beli. Kontrak pertama melibatkan penjualan aset oleh penjual kepada pembeli secara tangguh. Seterusnya, pembeli bagi urus niaga penjualan yang pertama akan menjual aset yang sama kepada pihak ketiga secara tunai dan lain. Melalui pembiayaan ini, pihak Bank akan membeli komoditi (minyak sawit mentah, resin plastik atau apa-apa komoditi yang dinasihatkan oleh pembekal komoditi) daripada pembekal komoditi dengan harga kos (berdasarkan kepada jumlah pembiayaan). Kemudiannya, pihak Bank menjual komoditi tersebut kepada Pelanggan secara Murabahah iaitu harga kos ditambah keuntungan dengan bayaran tertangguh. Seterusnya, pihak Pelanggan melantik Bank sebagai wakil (wakalah) untuk menjual komoditi tersebut pada harga kos secara tunai kepada pihak ketiga. Hasil jualan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun Pelanggan sebagai amaun pembiayaan yang dikehendaki oleh Pelanggan. Komoditi yang diguna pakai bagi tujuan transaksi Tawarruq tertakluk kepada komoditi broker.

Wakalah :

  • Di bawah Kemudahan ini, Bank akan menggunakan mekanisme dwiagensi di bawah konsep Wakalah. Pelanggan melantik Bank sebagai ejen pelanggan untuk menerima pembelian komoditi daripada Bank dan seterusnya menjual komoditi tersebut kepada Pembekal Komoditi lain bagi pihak pelanggan untuk melengkapkan transaksi Tawarruq. “Komoditi” dalam konteks transaksi Tawarruq adalah merujuk kepada apa-apa jenis komoditi patuh Syariah yang diterima pakai oleh Bank seperti minyak sawit mentah, plastik resin, kredit prabayar atau apaapa komoditi yang dinasihatkan oleh Pembekal Komoditi yang diniagakan di mana-mana Platform Dagangan Komoditi yang diluluskan oleh Bank.

Pembayaran

Cara wang pembayaran pembiayaan akan disalurkan:
Operational Expenditure (OPEX) :

  • Untuk pembiayaan modal kerja, adalah dikeluarkan secara Utilization Notice dengan tertakluk kepada jumlah dan had pembiayaan yang diluluskan.

Capital Expenditure (CAPEX) : 

  • Memerlukan dokumen pembuktian tuntutan pembayaran atau pengesahan pembayaran telah dibuat.
  • Manakala bagi pembelian aset yang bernilai RM2,000 dan ke bawah, dibenarkan pengeluaran secara terus kepada pelanggan dengan disokong dokumen sebutharga atau pembuktian harga bagi item yang akan dibeli tersebut.

Bagi pengeluaran secara reimbursement (bagi tarikh pembayaran yang telah dibuat dalam tempoh maksimum 6 bulan dikira sehingga pada tarikh pemohonan pembiayaan ini dibuat) :
Dokumen pembuktian pembayaran telah dibuat adalah seperti resit, paid invoice, bill of sale dan sebagainya.

Kaedah Pembayaran :

  • Bermula dari bulan ke-7 secara ansuran bulanan. Walaupun demikian pelanggan digalakkan untuk membuat pembayaran ansuran awal secara advance payment dalam tempoh penanguhan bayaran pokok.

 

AgroPutra Niaga

Kadar Keuntungan

Kadar Keuntungan Efektif :

  • Pembiayaan Berjangka-i : 3%* setahun dikira atas baki bulanan termasuk 6 bulan tempoh penangguhan bayaran pokok (grace period)
  • Modal Kerja-i (tunai) : 3%* setahun dikira setiap hari ke atas baki pembiayaan.

 

Kadar Keuntungan Siling (KKS) :

  • Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + 4.00%* setahun atau 10%*, mana-mana yang lebih tinggi untuk pengiraan harga jualan.

* Tertakluk pada terma dan syarat

Pembiayaan

Skop pembiayaan   
  • Membiayai keperluan pembiayaan mikro dan kecil bagi pembelian aset (CAPEX) dan input
    pengeluaran (OPEX) merangkumi keseluruhan rantaian pembekalan, bermula dari
    pengeluaran hasil sumber makanan (penanaman, pertanian, dan perikanan), pemprosesan,
    pengedaran, pemasaran, dan perkhidmatan penyediaan makanan.
Jenis pembiayaan
  • Pembiayaan Berjangka- i : bagi pembelian dan pembangunan aset
  • Modal Kerja-i : bagi pembiayaan modal kerja operasi
  • Dalam satu-satu masa dibenarkan untuk memperolehi  kedua-kedua jenis kemudahan di atas
    dengan jumlah agregat tidak melebihi had kemudahan pembiayaan yang ditetapkan

Had pembiayaan  

  • Maksimum : RM 500,000*
  • Minimum : RM 50,000*
  • Jumlah aggregat keseluruhan pembiayaan di bawah skim ini adalah sehingga RM500,000 sahaja.

* Tertakluk pada terma dan syarat

 

Tempoh pembiayaan

Pembiayaan Berjangka-i
  • Tempoh pembiayaan tidak melebihi 84 bulan termasuk penangguhan bayaran pokok (7 tahun)

Modal Kerja-i (tunai)  

  • Tempoh kemudahan sehingga 84 bulan (7 tahun)
  • Tempoh kredit adalah berdasarkan kitaran operasi, dengan kitaran maksimum 180 hari (6 bulan)

 

 

AgroPutra Tunas

Kadar Keuntungan

Kadar Keuntungan Efektif

  • Pembiayaan Berjangka-i : 4.75%* setahun dikira atas baki bulanan termasuk 6 bulan tempoh penangguhan bayaran pokok (grace period).

 

Kadar Keuntungan Siling (KKS)

  • Kadar Pembiayaan Asas (BFR) + 4.00%* setahun atau 10%*, mana-mana yang lebih tinggi untuk pengiraan harga jualan.

* Tertakluk pada terma dan syarat

Pembiayaan

Skop pembiayaan   
  • Membiayai keperluan pembiayaan mikro berasaskan makanan yang melibatkan aset (CAPEX)
    dan modal kerja operasi yang berasaskan penyediaan, pemprosesan dan penyimpanan makanan.
    Antara contoh perniagaan adalah seperti kafeteria, peruncitan sejuk beku, pusat pemprosesan
    makanan, pusat penyediaan makanan, katering dan mana-mana yang seumpama dengannya.
Jenis pembiayaan
  • Pembiayaan Berjangka- i : bagi pembelian aset dan modal kerja operasi

Had pembiayaan  

  • Maksimum : RM 500,000*
  • Minimum : RM 5,000*
  • Jumlah aggregat keseluruhan pembiayaan di bawah skim ini adalah sehingga RM50,000 sahaja.
  • Pelanggan dibenarkan untuk memohon skim Niaga AgroPutra setelah tempoh pembiayaan
    di bawah skim ini melepasi 24 bulan dengan jumlah keseluruhan aggregat pembiayaan
    bagi kedua-dua skim ini tidak melebihi RM500,000.00

* Tertakluk pada terma dan syarat

 

Tempoh pembiayaan
Pembiayaan Berjangka-i :

  • Tempoh pembiayaan tidak melebihi 84 bulan (7 tahun) termasuk penangguhan bayaran pokok.

Muat turun Soalan Lazim AgroPutra

Muat turun Lembaran Maklumat Program (LMP) AgroPutra Niaga

Muat turun Lembaran Maklumat Program (LMP) AgroPutra Tunas