AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Raikan Tahun Baru Cina 2025



Agrobank hari ini meraikan sambutan Tahun Baru Cina 2025 yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Menurut YB Datuk Arthur, “Tahun Baru Cina adalah masa untuk kita memperbaharui tekad dan semangat dalam mencapai kejayaan yang lebih besar. Dalam konteks sektor pertanian, Kementerian akan terus komited untuk memastikan sektor ini berkembang dengan mampan dan terus memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara serta kesejahteraan masyarakat.”

“Kami juga sangat menghargai kerjasama erat dengan pelbagai pihak termasuk institusi kewangan seperti Agrobank, yang terus menyokong usaha sektor pertanian dengan menawarkan perkhidmatan pembiayaan yang berdaya saing kepada para petani dan usahawan tani.” tambahnya.

Menurut Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, “Agrobank komited untuk menyediakan pembiayaan yang mudah diakses bagi membantu sektor pertanian dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing. Sambutan Tahun Baru Cina ini adalah satu peluang untuk kami menyampaikan penghargaan kepada semua pelanggan kami, terutamanya usahawan tani yang terus menjadi tulang belakang kepada industri pertanian negara.”

Di majlis yang sama, turut berlangsung serahan bantuan tunai berjumlah hampir RM15,000 kepada golongan B40 yang memberi manfaat kepada 150 Komuniti Cina di Ansip, Keningau.
Bersempena dengan perayaan tahun baru cina, Agrobank telah melancarkan Kempen Huat Year Ong Ong Lai Mega Million 2.0.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen ini, sila layari laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan di 1-300-88-2476 atau terus berkunjung ke cawangan terdekat Agrobank.