Agrobank Lancar Kempen Huat Year Ong Ong Lai Sempena Tahun Baru Cina
Agrobank telah melancarkan Kempen Huat Year Ong Ong Lai Mega Million 2.0 bermula 15 Januari hingga 15 Februari 2025. Istimewanya Tahun Baru Cina kali ini, Agrobank menawarkan lapan (8) kali mata penyertaan melalui Kempen Mega Million 2.0.
Kempen Huat Year Ong Ong Lai Mega Million 2.0 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM2.5 juta. Para pelanggan baru atau sedia berpeluang membawa pulang hadiah cabutan utama iaitu Ford Ranger Raptor. Selain itu, pelbagai hadiah menarik turut ditawarkan kepada pemenang bertuah melalui cabutan bulanan dan cabutan pusingan wilayah, termasuk Mitsubishi Xpander, Proton S70, Perodua Myvi, kepingan emas dan wang tunai.
Kempen ini terbuka kepada Kategori Individu yang melanggan produk AgroPrimaS. Lebih menguntungkan, pelanggan akan memperoleh mata penyertaan tambahan dengan gabungan produk Pembiayaan atau Ar-Rahnu dan Penulisan Wasiat & Takaful. Pelanggan yang membuat deposit sebanyak RM100,000 dalam satu sijil AgroPrimaS akan menerima hadiah eksklusif edisi terhad Agrobank.
Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Kempen Huat Year Ong Ong Lai Mega Million 2.0 dilancarkan bagi memupuk budaya menyimpan. Amalan menabung ini selaras dengan perkataan Huat yang membawa maksud kemakmuran dan kekayaan, yang dizahirkan melalui kempen dan produk kami untuk menjamin kestabilan kewangan pada masa hadapan.”
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kempen Huat Year Ong Ong Lai Mega Million 2.0, para pelanggan boleh berkunjung ke cawangan terdekat atau layari laman web www.agrobank.com.my.