55 Kisah Inspirasi Usahawan Berjaya Melalui Cofee Table Book Agrobank
Agrobank hari ini telah melancarkan sebuah coffee table book yang berjudul Pemerkasaan Komuniti Melangkaui Perbankan:Kisah Kejayaan Usahawan Bimbingan ACE dengan mengetengahkan kompilasi pelbagai kisah usahawan berjaya di bawah bimbingan Agrobank Centre of Excellence (ACE).
Buku ini bertujuan untuk menjadi bahan bacaan umum dan rujukan untuk pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira umur untuk dijadikan sumber inspirasi perniagaan berasaskan agromakanan.
Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Agrobank yang dimandatkan untuk memacu pertumbuhan dan pembangunan industri pertanian Malaysia berbesar hati untuk melancarkan coffee table book ini. Buku ini tanda manifestasi dan keberadaan Agrobank dalam menjadi tulang belakang perjalanan usahawan kami. Kami bersama mereka dari hari pertama sehingga mereka rata-ratanya sudah pun menjadi usahawan agropreneur yang berjaya dan mempunyai perniagaan yang kukuh.”
“Buku yang ditulis oleh tenaga pengajar ACE disusun mengikut bahagian dan diselaraskan oleh barisan panel penulis yang berpengalaman ini mengetengahkan perspektif kepentingan sektor pertanian selaras dengan agenda keterjaminan makanan negara.”
“Sesetengah pihak masih mempunyai persepsi bahawa pertanian bukanlah satu profesion yang gah. Namun, kita sering lupa bahawa bidang pertanian merupakan sektor yang cukup penting sebagai bidang utama dalam menyediakan sumber makanan kepada seluruh penduduk negara.”
Pelancaran buku ini telah disempurkankan oleh Dato’ Seri Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor Bank Negara dan disaksikan oleh tetamu kehormat YAB Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Timbalan Premier Sarawak dan YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.
Di majlis yang sama, Agrobank turun melancarkan Video Panduan Kesedaran Keselamatan Siber berdurasi selama 2 minit. Video ini bertujuan untuk mendidik masyarakat kepada gejala scam selaras dengan inisiatif yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia.