AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Mempromosikan Takaful Kasih Di Kalangan Murid Dan Guru



KOTA BHARU, KELANTAN – Agrobank dengan kerjasama Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) hari ini menyerahkan kad Takaful Perlindungan Kemalangan Diri yang dikenali sebagai Takaful Kasih kepada seramai 1,075 orang murid dari tiga buah sekolah di Kota Bharu di satu majlis yang disempurnakan oleh YBhg Dato’ Tajudin bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Penyertaan pelajar-pelajar ini dalam skim Takaful Perlindungan Kemalangan Diri ini ditaja oleh Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) sebagai salah satu tanggungjawab sosial persatuan tersebut. Jumlah tajaan ialah sebanyak RM10,750.00 dalam bentuk perlindungan takaful. Sekolah-sekolah yang menyertai pelan perlindungan kemalangan diri ini ialah SK. Kota, SK. Kampung Sireh dan SK Kg. Mata Ayer.

Menurut Tuan Syed Ibrahim Tuan Mohamad, Pengurus Agrobank Wilayah Kelantan/ Terengganu, Agrobank dan POKB akan terus mempromosikan pelan takaful ini ke seluruh sekolah-sekolah di Kota Bharu kerana bayaran yang dikenakan adalah rendah dan amat berpatutan untuk semua golongan. Ini selaras dengan peranan Agrobank untuk memberi perkhidmatan kepada semua golongan terutamanya golongan ‘unserved’ dan ‘underserved’. Melalui pelan ini, sekurang-sekuranganya jika berlaku kemalangan ke atas pelajar-pelajar ini seperti jatuh tangga di kawasan sekolah atau ketika bersukan, beban ibu bapa untuk menanggung kos rawatan dapat dikurangkan, tambah beliau.

Beliau juga turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pendidikan yang memberikan kerjasama dan sokongan kepada Agrobank dan POKB dalam usaha memberi kesedaran kepada pelajar dan ibu bapa tentang pentingnya mendapatkan pelindungan kemalangan diri ini.

Majlis yang diadakan di Sekolah Rendah Kebangssan Kota, Kota Bharu ini turut dihadiri oleh YBhg Datuk Sheikh Mohd Dusuki, Presiden Orang Kota Bharu serta guru-guru dan ibu bapa pelajar ketiga-tiga buah sekolah.

Setiap orang pelajar ini ditaja dengan takaful perlindungan kemalangan diri dengan bayaran RM10 setahun dengan jumlah perlindungan sebanyak RM10,000.00 Antara faedah lain yang diperoleh melalui pelan takaful ini meliputi kos rawatan perubatan, elaun tunai wad serta pampasan jika kehilangan upaya kekal dan kematian akibat kemalangan.

Dikenali sebagai bank untuk aktiviti pertanian di kalangan masyarakat pertanian, Agrobank telah menambah pelbagai produk dan perkhidmatan yang mematuhi Syariah bagi menyokong keperluan pelanggan dalam pelbagai sudut dan pelan perlindungan insurans Takaful Kasih adalah salah satu daripada produk yang popular. Skim Takaful Kasih telah diperkenalkan pada tahun 2007 oleh Agrobank dangan tiga (3) pelan iaitu Pelan Busari (RM10), Pelan Hadwan (RM20) dan Pelan Israq (RM50). Dari bulan Januari hingga Februari 2015, Takaful Kasih telah dilanggani oleh 37,206 orang pelanggan dengan jumlah premium sebanyak RM 915,000.00 dan pihak bank menyasarkan pertambahan lebih baik menjelang penghujung 2015 dengan kerjasama strategik dengan institusi seperti POKB ini.