AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agro Bestari-i

AGRO BESTARI-merupakan pelan pendidikan dengan sumbangan takaful berkala yang menawarkan perlindungan ke atas kematian /hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK) terhadap kanak-kanak dengan elemen simpanan sehingga sijil takaful matang. Produk ini direka khas untuk kanak-kanak berumur di antara 30 hari sehingga 12 tahun dengan pilihan yang fleksibel pada umur matang.

  • Agro Bestari-i menawarkan manfaat kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) sehingga had maksimum RM150,000.
  • Sumbangan takaful bergantung kepada tempoh perlindungan, umur kemasukan dan amaun perlindungan.
  • Dana pelaburan peserta adalah berlandaskan konsep Syariah.
  • Sumbangan takaful untuk pelan ini akan memberikan pelepasan cukai pendapatan tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

HUBUNGI KAMI

Kelebihan Agro Bestari-i

 

  • Penyertaan mudah dan mampu dimiliki dengan sumbangan bulanan boleh dibuat melalui potongan akaun simpanan, kad kredit atau perbankan internet.
  • Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  • Hanya boleh didapatkan di cawangan-cawangan Agrobank
  • Produk Patuh Syariah Sepenuhnya

Kelayakan

Terbuka untuk:

  • Warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang dilindungi menerusi produk mestilah berumur 30 hari sehingga 12 tahun manakala pemegang sijil pula hendaklah berumur antara 18 hingga 60 tahun.
  • Di bawah sijil takaful ini, kanak-kanak adalah orang yang dilindungi oleh sijil takaful, manakala ibu bapa/ penjaga adalah peserta (pemegang sijil)

Manfaat

 

  • Manfaat kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) terhadap orang yang dilindungi sehingga RM150,000.
  • Manfaat ketika kematangan sijil, semua dana terkumpul di dalam dana peserta termasuk pendapatan pelaburan dan lebihan dana risiko (jika ada) akan dibayar apabila sijil mencapai kematangan.
  • Manfaat berikutan serahan sebelum kematangan sijil, semua dana terkumpul di dalam dana peserta termasuk pendapatan pelaburan dan lebihan dana risiko (jika ada) akan dibayar tertakluk kepada yuran Pentadbiran RM50.
  • Anugerah kecemerlangan akademik untuk UPSR, PT3,SPM, STPM dan STAM
  • Pengeluaran tunai dibenarkan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.

Muat turun Panduan Perkhidmatan

Muat turun Lembaran Maklumat Produk

Muat turun Soalan Lazim