AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Menyimpan dan Bawa Pulang Kereta Dengan Kempen Mega Million 2.0



Agrobank telah melancarkan Kempen Mega Million 2.0 bermula 1 November 2024 hingga 31 Oktober 2025. Kempen ini menawarkan hadiah berupa kereta Mitsubishi Xpander, Proton S70 dan Perodua Myvi bagi cabutan bulanan.

Sebuah Ford Ranger Raptor turut menanti untuk dibawa pulang oleh seorang pemenang bertuah melalui cabutan utama kempen ini. Selain itu, pelanggan turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan kepingan emas menerusi cabutan di seluruh negara melalui produk-produk Agrobank seperti AgroPrimaS, AgroPerdana-i PLUS, AgroCash-i, Hartani-i, Ar-Rahnu, Takaful Kasih Plus, Agro Madani, Agro Nurani, Penulisan Wasiat dan Motor Takaful.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja
Hussin, “Kejayaan Kempen Mega Million 1.0 yang mencatatkan pendaftaran lebih 54000 akaun deposit yang bernilai lebih RM290 juta telah mendorong Agrobank untuk meneruskan kempen ini bagi memberikan nilai tambah kepada pengalaman kewangan pelanggan bersama kami.”

“Kempen Mega Million 2.0 yang mensasarkan penyertaan daripada lebih 50,000 pelanggan bukan sekadar peraduan bertuah, malah ia merupakan platform untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan perancangan kewangan strategik. Setiap produk yang kami tawarkan direka untuk memenuhi keperluan kewangan pelanggan dalam pelbagai peringkat kehidupan dan memupuk ke arah kestabilan kewangan masa hadapan.”

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kempen Mega Million 2.0, para pelanggan boleh berkunjung ke cawangan terdekat atau layari laman web www.agrobank.com.my