AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

“Lebaran Yang Dirindukan” – Buah Tangan Aidilfitri Agrobank



KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2023 – Dalam menyambut kemeriahkan Aidilfitri kurang daripada dua minggu, Agrobank telah menyediakan buah tangan Aidilfitri melalui karya filem pendek berjudul “Lebaran Yang Dirindukan”.

Dengan dibarisi pelakon hebat tanah air, antaranya Hafidzuddin Fazil yang membawa watak Pak Ghani dan Syafie Naswip, filem pendek ini memaparkan kehidupan para peraih menguruskan bekalan hasil laut bagi memastikan masyarakat setempat dapat menikmati kemudahan bekalan makanan secara berterusan, sistematik dan teratur sejajar dengan prinsip keterjaminan makanan.

Selain itu, filem pendek Aidilfitri ini turut menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti memahami erti pengorbanan dan kepentingan menghargai hubungan kekeluargaan. “Bersesuaian dengan tagline filem pendek ini iaitu ‘Hidup Kayu Berbuah, Hidup Manusia Biar Berjasa’, kita disaran berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat”, demikian kata President/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Beliau turut menambah. “harapan saya agar drama ini dapat dijadikan sebagai penyuntik semangat untuk kita menghargai satu sama lain, selain menghargai sumber alam semula jadi yang dikurniakan Tuhan”. Tambahnya lagi. “kami di Agrobank berasa terpanggil untuk menitipkan pesanan penuh bermakna ini tentang kepentingan melestarikan sektor perikanan negara serta menghargai usaha dan penat lelah para nelayan (Agropreneur) di negara kita.

“Justeru, filem pendek Aidilfitri ini adalah buah tangan sebagai simbolik tanda penghargaan kami, khas buat usahawan di sektor perikanan terutamanya di Malaysia. Saya kira kita seharusnya menghargai usaha dan kecekalan mereka dalam meningkatkan kemampanan sektor perikanan negara kita,” ujarnya.

Filem pendek Aidilfitri berjudul “Lebaran Yang Dirindukan” boleh ditonton menerusi media sosial rasmi Agrobank iaitu di YouTube – Agrobank TV, Facebook – Agrobank dan Instagram – @agrobankmy bermula pada 12 April 2023.

Tonton Filem penuh di sini