AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Janji Amir, Kisah Menyentuh Hati Daripada Agrobank Sempena Aidilfitri



KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2024 – Agrobank telah mengadakan majis pratonton filem web “Janji Amir” bersama rakan media bersempena Aidilfitri, bertempat di Dadi Cinema, Pavillion semalam.

Menampilkan barisan pelakon terkenal, antaranya Beto Khusairy, Nadiya Nisaa dan Amirul Affendi, filem pendek arahan Bobby Husaini daripada Tangerine Pictures ini memaparkan kisah masyarakat yang sangat dekat dengan kita dalam menjalani kehidupan seharian, dengan aktiviti yang padat sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada ibu bapa. Hanya setelah mereka tiada barulah kita sedar akan peluang yang amat singkat untuk menghargai mereka.

Selain itu, filem pendek Aidilfitri ini memaparkan nilai-nilai murni dalam masyarakat seperti menghargai ibu bapa dan hubungan kekeluargaan, bersesuaian dengan tagline Janji Amir #jangansampailarat, demikian kata Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, YM Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Beliau turut menambah, “Agrobank sentiasa komited dalam usaha untuk memartabatkan masyarakat dan pembangunan komuniti melalui kempen dan inisiatif bagi meraih kesedaran dalam memupuk keakraban bersama ahli keluarga terutamanya ibu bapa. Mesej yang dibawakan ini diharap dapat menyemai perasan kasih sayang dan seterusnya dapat mengukuhkan institusi kekeluargaan serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sahsiah masyarakat khususnya di Malaysia.”

Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Arthur Joseph Kurup berkata “Saya menyokong penuh inisiatif Agrobank dalam penerapan nilai-nilai murni tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Sebagai institusi korporat, saya kagum dengan inisiatif Agrobank dalam mendekatkan diri kepada masyarakat dan usaha menyampaikan mesej-mesej positif agar sahsiah cemerlang kemasyarakatan dapat dicapai”.

Menurut Pengarah Filem Web Janji Amir, Bobby Hussin “beliau berkata mesejnya sangat universal, bukan sahaja berkisar kepada ibu bapa dan keluarga sahaja tetapi juga kepada semua insan disekeliling kita. Semoga karya ini menjadi medium efektif dalam menyebarkan mesej nilai-nilai positif”.

Turut hadir di majlis pratonton filem web raya Janji Amir Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, Beto Kusyairy, Pengurusan Kanan Agrobank serta rakan rakan media.

Filem pendek Aidilfitri berjudul “Janji Amir” boleh ditonton menerusi media sosial rasmi Agrobank iaitu di YouTube – Agrobank TV, Facebook – Agrobank dan Instagram – @agrobankmy bermula pada 5 April 2024.