AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Syarikat Taja Kad Perlindungan Takaful Agro Nurani Kepada 488 Orang Kurang Upaya (OKU)



SYARIKAT TAJA KAD PERLINDUNGAN TAKAFUL AGRO NURANI KEPADA 488 ORANG KURANG UPAYA (OKU)

SERDANG – Seramai 488 orang Orang Kurang Upaya (OKU) di sekitar Lembah Klang dan Melaka pada hari ini menerima penajaan kad perlindungan diri takaful Agro Nurani daripada syarikat-syarikat berkeprihatinan dengan nilai perlindungan sebanyak RM5.5 juta disampaikan kepada wakil golongan OKU oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani oleh YB Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman di majlis berlangsungnya pameran HPPNK.  Turut mengiringi Puan Masaat Awadz, Menanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dan Encik Mad Yusof Yazid, Ketua Pegawai Perkhidmatan.

Syarikat korporat tersebut adalah; Globe Cycle Group, Creative World Industries Sdn Bhd, The Hyat Collection Sdn Bhd, Havilah Resources, Siti Nor & Partners, Restoran Asam Pedas Jr, The Law Chambers of Hedzril, Akademi Kecantikan Artistik Diyana dan Shahmawar Sdn Bhd.  Seramai 488 OKU daripada Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia dan Persatuan Usahawan OKU Negeri Melaka mendapat manfaat daripada inisiatif ini bernilai RM 6.1 juta.

 Agro Nurani adalah skim perlindungan takaful yang pertama diperkenalkan di Malaysia khusus untuk golongan OKU. Produk ini telah dilancarkan di Karnival Kewangan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 14 Januari 2017 lalu oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat dan YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Asas Tani.

Agro Nurani merupakan skim takaful yang ditawarkan untuk OKU berusia 16 hingga 65 tahun yang menawarkan manfaat menyeluruh termasuk perlindungan kemalangan, kematian akibat kemalangan, kematian akibat penyakit biasa dan juga elaun tunai wad (akibat kemalangan). Lebih istimewa lagi, Agro Nurani juga menawarkan manfaat perbelanjaan pengkebumian.

Menurut Puan Masaat Awadz, Menanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, sebagai sebuah bank yang prihatin dan sensitif dengan keperluan golongan yang kurang mendapat liputan (unserved and underseved group), Agrobank amat berbesar hati dengan penajaan syarikat-syarikat tempatan untuk mendapatkan perlindungan takaful diri Agro Nurani khusus bagi membantu golongan kurang upaya di Sabah.

“Usaha dan inisiatif yang dilakukan syarikat korporat ini amat kami alukan dan pihak kami berharap inisiatif sebegini dapat diteruskan di seluruh negara agar lebih ramai golongan kurang upaya di negara ini dapat dibantu oleh syarikat-syarikat yang prihatin. Keprihatinan syarikat-syarikat korporat penting agar kita sama-sama dapat membantu mereka yang kurang berupaya dan menyokong usaha membentuk komuniti yang prihatin dan penyayang,” kata Puan Masaat Awadz.

Di samping penajaan tersebut, Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia juga memberi pelan perlindungan berjumlah RM1,134,000 untuk 90 orang ahlinya.

Pada majlis yang sama, Puan Nor Asiah Ahmad menerima pampasan berjumlah RM53,000.00 untuk anaknya yang meninggal dalam kemalangan kereta pada Julai 2017.  Anak beliau, Allahyarham Muhamad Amin telah membeli perlindungan takaful untuk setahun pada tahun lepas sempena MAHA 2016.

YB Dato’ Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani diiringi Puan Masaat Awadz, Menanggung Tugas Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dan Encik Mad Yusof Yazid, Ketua Pegawai Perkhidmatan di Majlis Penyerahan Penajaan Korporat Perlindungan Kad Takaful Agro Nurani