AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Mengumumkan Pelantikan Datuk Yunos Abd Ghani Sebagai Pengerusi Baharu



KUALA LUMPUR, 15 NOVEMBER 2022 – Agrobank mengumumkan pelantikan Datuk Yunos Abd Ghani sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Agrobank berkuatkuasa pada 12 November 2022.

Datuk Yunos Abd Ghani merupakan Ahli Asian Institute of Chartered Bankers (AICB), Ahli Majlis Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM), Pengarah World Savings and Retail Banking Institute dan Bendahari Persatuan Badan-Badan Berkanun Malaysia.

Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dalam Kewangan dari Eastern Michigan University, USA dan Diploma Pengajian & Pengurusan Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA.

Sementara itu, pihak Bank dan Ahli Lembaga Pengarah juga memaklumkan bahawa Dato’ Mustapha Buang telah menamatkan perkhidmatannya selama dua tahun sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Agrobank pada Jumaat, 11 November 2022.

Pihak Bank dan Ahli Lembaga Pengarah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Mustapha Buang atas sumbangan serta sokongan beliau ketika berkhidmat di Agrobank.  Sepanjang dua tahun perkhidmatan beliau, Dato’ Mustapha Buang telah menjalankan tanggungjawabnya demi kepentingan dan kesejahteraan Bank serta memastikan standard tadbir urus korporat yang tertinggi dan berintegriti dilaksanakan di Agrobank.

Dato’ Mustapha Buang berjaya menerajui serta membantu perniagaan Bank berkembang positif ketika Malaysia dilanda dengan ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik COVID-19.  Beliau juga bertanggungjawab dalam mengukuhkan aset Bank dengan memastikan pengurusan pentadbiran ekonomi tampil mantap serta prestasi kewangan kekal utuh.