AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Umum Pemenang Pertandingan Foto Agrobank x UNISEL Dengan Nilai Keseluruhan Berjumlah RM10,000



KUALA LUMPUR – Agrobank mengumumkan tujuh pemenang Pertandingan Fotografi Agrobank x UNISEL yang merupakan kerjasama di antara Agrobank dan Universiti Selangor (UNISEL), dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM10,000.

Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank dalam kenyataannya berkata, pertandingan foto yang bertemakan ‘Farm & Food’ ini merupakan satu inisiatif oleh Agrobank untuk mengetengahkan bakat dan memberi peluang kepada pelajar UNISEL meneroka spektrum baharu dalam bidang seni fotografi melalui platform media sosial.

“Sebagai sebuah bank yang mendukung dan memahami bidang pertanian dan penternakan, kami di Agrobank secara berterusan akan terus membuka lebih banyak peluang dengan menganjurkan inisiatif sebegini, yang bukan sahaja bertujuan untuk memupuk kemahiran kreatif, namun turut membuka peluang kepada pelajar-pelajar universiti tempatan untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh Agrobank,” tambah Tengku Ahmad Badli Shah.

Pertandingan Foto Agrobank yang berlangsung sepanjang 17 September 2021 sehingga 16 November 2021 lalu, yang bertemakan ‘Farm & Food’ menerapkan empat elemen utama sebagai sub kategori pertandingan iaitu All About Animal, Farm Scenes, All About Crop dan Farm to Fork.

Hasil karya para pelajar UNISEL ini telah dinilai oleh dua orang juri professional dari industri fotografi iaitu Rahman Roslan dari Austral Media Sdn Bhd dan Azneal Ishak dari MalaysiaKini. Hasil kesinambungan penjurian, 12 karya terbaik telah dipilih untuk dipamerkan pada satu pameran mini yang telah berlangsung pada 7 sehingga 17 Februari 2022 di Gloria Jean’s Menara Agrobank, Kuala Lumpur.

Tujuh pemenang utama membawa pulang hadiah wang tunai di antara RM500 ke RM2,000 bagi setiap pemenang, manakala 10 penyertaan turut dipilih untuk memenangi hadiah sagu hati berupa baucer bagi setiap pemenang. Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang utama ini telah disempurnakan oleh Ts Dr. Wan Azlan Wan Hassan @Wan Harun, Dekan Fakulti Komunikasi Seni Visual dan Pengkomputeran UNISEL bersama Shahreen Rahim, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Agrobank di satu majlis tertutup di The Westin KL.

Pihak UNISEL khususnya Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran berbesar hati dengan kerjasama dan usaha dua hala ini yang dapat memberi satu permulaan yang baik untuk menjalinkan hubungan industri fotografi pada masa akan datang.

Pertandingan Foto Agrobank x UNISEL yang terbuka kepada pelajar UNISEL telah menerima hampir 100 penyertaan dari pelbagai bidang kursus. Foto penyertaan pertandingan ini boleh dilihat di Instagram #agrobankphotocontest2021.

Berikut merupakan senarai tujuh pemenang utama bagi Pertandingan Foto Agrobank x UNISEL ‘Farm & Food’:

1) Sheikh Muhammad Nabil Bin Mohammad Khairuddin

     Kategori: Farm To Fork

     Pemenang Keseluruhan: Hadiah Wang Tunai RM2,000

     Tempat Pertama: Hadiah Wang Tunai RM1,000

2) Wan Siti Khairunnisa Bt Wan Mohd Nordin

     Kategori: Farm Scenes

     Tempat Pertama: Hadiah Wang Tunai RM 1,000

     Tempat Kedua: Hadiah Wang Tunai RM800

3) Muhammad Afif Fauzan Bin Adnan

     Kategori: Farm Scenes

     Tempat Ketiga: Hadiah Wang Tunai RM500

4) Mohamad Faris Aidid Bin Azni

     Kategori: All About Animals

     Tempat Pertama: Hadiah Wang Tunai RM 1,000 

5) Iskandar Bin Abdul Rahim 

     Kategori: All About Animals

    Tempat Kedua: Hadiah Wang Tunai RM800

6) Azril Aziz Bin Mohamad Rashid

     Kategori: All About Animals

     Tempat Ketiga: Hadiah Wang Tunai RM500

7) Windi Tri Astika

     Kategori: All About Crops

     Tempat Pertama: Hadiah Wang Tunai RM 1,000

     Kategori: Farm To Fork

     Tempat Kedua: Hadiah Wang Tunai RM800