AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Capai Lebih Dari 100 Peratus Sasaran Penyertaan Menerusi Kempen Mega Million



KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2024 – Agrobank hari ini menganjurkan Majlis Penyerahan Hadiah Kempen Mega Million Pusingan 2 bertujuan untuk meraikan para pemenang bulanan (Januari, Februari dan Mac 2024) dan pemenang Cabutan Kitaran 2.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Agrobank Zahid Ahmad Zawawi berkata, “Kami telah menyampaikan hadiah Cabutan Kitaran 1 pada bulan Mac yang lepas di mana 11 pemenang bertuah telah membawa pulang hadiah kemenangan masing-masing dan saya yakin kempen ini bakal menarik lebih ramai pelanggan yang berpeluang untuk memiliki kereta mewah Tesla di akhir pusingan nanti.”

Kempen ini telah mencapai lebih dari 100% sasaran bulanan dan Agrobank yakin dapat mensasarkan lebih banyak penyertaan sehingga tempoh akhir kempen. Fokus kami adalah untuk menarik lebih 50,000 pelanggan bagi kempen ini dari Lembah Klang, Sabah dan Sarawak serta Pantai Timur untuk menyertai kempen ini,” tambahnya.

Menurut beliau juga, “Kami melihat peningkatan positif untuk produk-produk Agrobank sejak kempen ini berlangsung. Sebagai contoh, produk Takaful telah menunjukkan peningkatan pelanggan sebanyak 115%, penulisan wasiat sehingga lebih dari 115% dan Agrocash-i Personal Financing pembiayaan sebanyak RM951 juta”.

Kempen Mega Million yang telah dilancarkan sejak 1 Oktober 2023 akan berterusan sehingga 30 September 2024. Ianya terbuka kepada pelanggan baharu dan sedia ada Agrobank, termasuk individu dan bukan individu. Kempen ini melibatkan produk-produk Agrobank termasuk AgroPrimaS, AgroPerdana-i PLUS, AgroCash-i, Hartani-i, Takaful Kasih Plus, Agro Madani, Agro Nurani, Will Writing, dan Motor Takaful.

NO

NAMA

CAWANGAN

1

Mohd Zulkhairi Zulkifli

Agrobank Kepala Batas

2

Mohamad Hisham Ibrahim

Agrobank Grik

3

Che Sayang Mat Hashim

Agrobank Guar Chempedak