AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Turunkan Kadar Asas dan Kadar Pembiayaan Asas Selepas Pengurangan OPR



KUALA LUMPUR – Agrobank hari ini mengumumkan kadar pembiayaan yang terbaharu dengan pengurangan kadar asas kepada 3.6% (BR) dan kadar pembiayaan asas kepada 6.75% (BFR).  Keputusan ini dibuat selepas pengumuman Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan Kadar Dasar Semalaman (OPR) diturunkan 25-mata asas iaitu daripada 3.25% kepada 3%.

Menurut Syed Alwi Mohamed Sultan, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, selaras dengan semak semula ini, kedua-dua BR dan BFR telah diturunkan sebanyak 25-mata asas berkuatkuasa 16 Mei 2019.  Selain itu, kadar deposit juga turut diturunkan 20-mata asas untuk tempoh 12 bulan ke bawah dan 15-mata asas bagi tempoh 12 bulan ke atas  berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

“Sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) dengan fokus utama untuk mengukuhkan sektor pertanian, penurunan ini dijangka memberi manfaat dengan kadar pembiayaan lebih rendah kepada agropreneur untuk memaju dan mengembangkan perniagaan mereka dan dalam masa yang sama kadar keuntungan untuk pendeposit juga turut dijaga.” 

“Agrobank yakin penurunan ini membawa impak positif kerana akan wujudnya lebih peluang pembiayaan kepada usahawan agro dan ini turut membantu menaikkan pertumbuhan pembiayaan Bank.  Bagi tahun 2019, Agrobank mensasarkan pertumbuhan pembiayaan sebanyak RM1.2 bilion,” tambah Syed Alwi.