AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Lancar Kempen Extravaganza FRIA-i – Deposit Minimum Serendah RM5,000 Dengan Pembayaran Keuntungan Maksimum 4.25% Setahun



KUALA LUMPUR, 1 DISEMBER 2022 – Agrobank melancarkan kempen Extravanganza FRIA-i yang dibuka untuk pelanggan baharu dan sedia ada Agrobank, termasuklah individu dan bukan individu (PKS, Persatuan, Kelab, Pertubuhan, Pemilik Tunggal, Perkongsian dan Firma sahaja – tidak terbuka kepada Pendeposit Korporat) di seluruh negara bermula 24 November 2022 sehingga 24 Februari 2023.

Menurut Azman Md Isa, Ketua Pegawai Perniagaan Agrobank, “Agrobank sentiasa komited untuk menawarkan pelbagai produk dan penawaran yang menarik kepada komuniti agro dan pelanggan kami dengan melancarkan kempen deposit dengan tawaran yang terbaik dari semasa ke semasa. Ini merupakan antara usaha kami untuk terus memberikan galakan dan didikan kepada pelanggan kami akan kepentingan membuat simpanan bagi keperluan masa hadapan dan juga di waktu kecemasan.”

“Apa yang menariknya, melalui kempen Extravaganza FRIA-i ini, ia menawarkan kadar deposit minimum serendah RM5,000 sehingga RM2,000,000 bagi setiap pelanggan. Ini merupakan antara peletakan deposit terendah yang ditawarkan oleh institusi perbankan di Malaysia,” kata Azman.

Tambah beliau, “Tempoh matang yang ditawarkan bagi kempen ini adalah selama enam bulan dan 12 bulan sahaja (satu kitaran) dengan pembayaran keuntungan sebanyak 4.10% bagi tempoh enam bulan dan 4.25% bagi tempoh 12 bulan.”

“Melangkah ke hadapan, Agrobank akan terus menumpukan usaha bagi memperkukuhkan serta mempelbagaikan lagi penawaran produk dan perkhidmatan kami untuk meningkatkan rangkuman kewangan khususnya kepada segmen yang terpinggir di Malaysia.  Agrobank akan terus mengautomasi dan memudahkan proses pendeposit bagi tujuan simpanan selain bekerjsama dengan rakan strategik untuk menghasilkan produk yang berinovatif sekali gus memberikan pengalaman perbankan yang berkualiti kepada pelanggan,” tambah Azman.

Untuk maklumat lanjut mengenai Extravaganza FRIA-i, sila layari laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my atau hubungi pusat perkhidmatan pelanggan di 1-300-88-2476 atau terus berkunjung ke cawangan terdekat Agrobank.

  • Tertakluk kepada terma & syarat