AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Lancar Kempen Agromaha Tawar Hadiah Motosikal Setiap Hari Dan Kad Takaful Kasih Plus Istimewa Sempena MAHA 2024



SERDANG, 9 SEPTEMBER 2024 – Agrobank melancarkan ‘Kempen AgroMAHA Menang Motosikal Setiap Hari’ dan Kad Takaful Kasih Plus istimewa sempena MAHA 2024 yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Muhamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam Majils Media Tour MAHA 2024.

Kempen AgroMAHA menawarkan lebih 50 hadiah termasuk 12 buah motosikal sebagai hadiah utama dan gajet-gajet menarik seperti tablet, telefon bimbit, jam tangan pintar dan headphone tanpa wayar. Hadiah-hadiah ini boleh dimenangi setiap hari sepanjang MAHA 2024.

Bagi menyertai kempen ini, pelanggan-pelanggan Agrobank sama ada yang baru atau sedia ada hanya perlu menyimpan dan melanggan produk-produk terpilih. Antara produk-produknya adalah AgroPrimaS dan FRIA-i / FRIA-i 45 Plus, Takaful Kasih Plus, Agro Nurani, Agro Madani, Agro Takaful Flexi, Agro Takaful Aspirasi serta Pembiayaan Peribadi AgroCash-i dengan kelulusan segera.

Di majlis yang sama, Agrobank turut melancarkan Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024 yang menyediakan perlindungan kepada para pelanggan dengan manfaat tambahan yang menarik. Dengan harga serendah RM54 bagi TKP3, pelan ini menawarkan perlindungan yang memenuhi keperluan kesihatan dan keselamatan diri.

Menurut Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, “Istimewanya Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024, dengan harga yang berpatutan dan mampu milik, para pelanggan dapat menikmati perlindungan yang komprehensif beserta manfaat tambahan termasuk kecederaan akibat ragut dan caj ambulans. Kelayakan manfaat tambahan ini terbuka kepada pelanggan yang daftar bermula 26 Ogos sehingga 30 September dan ianya terpakai pada pernyertaan TKP 3, TKP 4, TKP5 dan TKP6.”

Selain itu, Agrobank turut menawarkan ganjaran istimewa wang tunai bernilai RM20,000 untuk para pelanggan yang menggunakan kemudahan DuitNow QR Agrobank semasa membuat sebarang pembayaran di MAHA. Penyertaan ini adalah melalui pengumpulan mata dengan perbelanjaan minimum RM20 dalam satu transaksi. Usaha ini adalah untuk menggalakkan pengunjung menggunakan DuitNow QR Agrobank sebagai transaksi bayaran utama.

Agrobank juga menganjurkan pelbagai aktiviti menarik bagi memeriahkan suasana MAHA 2024 seperti AgroFit, Agro Youth dan aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak. Pengembaraan MAHA 2024 bersama Agrobank merupakan salah satu aktiviti yang sesuai untuk ahli keluarga meluangkan masa bersama-sama dan menikmati pengalaman yang menyeronokkan sepanjang MAHA 2024. 30 pelanggan pertama pada setiap hari yang berjaya melengkapkan kembara AGRO MAHA 2024 bersama Agrobank akan berpeluang memenangi ganjaran menarik.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Kempen AgroMAHA Menang Motosikal Setiap Hari dan langgan Kad Takaful Kasih Plus Edisi MAHA 2024. Dapatkan maklumat lanjut di www.agrobank.com.my atau kunjungi cawangan Agrobank berdekatan.