AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Rai Rakan Wartawan, Organisasi Media Atas Sokongan Dan Pencapaian Liputan Sepanjang Tahun 2022



KUALA LUMPUR – Seramai 40 rakan wartawan dan pengamal media daripada 15 organisasi media daripada pelbagai medium dan platform diraikan pada Majlis Malam Penghargaan Media Agrobank 2021 yang berlangsung di sebuah hotel di ibu kota pada malam tadi.

Di majlis itu, empat rakan wartawan dan empat organisasi media arus perdana turut membawa pulang anugerah penghargaan Agrobank yang disampaikan dalam dua kategori utama, bagi menghargai sokongan dan pencapaian liputan mereka kepada Agrobank sepanjang tahun 2021.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, YM Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, Agrobank memperkenalkan dua kategori anugerah penghargaan tersebut bagi menghargai pengamal media dan organisasi media yang paling banyak membuat liputan berkaitan Agrobank dan sekaligus telah menyumbang kepada kejayaan Agrobank bagi tahun 2021.

“Empat orang rakan wartawan dan empat organisasi media ini membawa pulang anuegerah “Agrobank Sidekick Salute Award” dan “Agrobank Spotlight Award” yang diperkenalkan khusus untuk menghargai pengamal media dan organisasi media. Pemilihan penerima anugerah ini dibuat berdasarkan Laporan Liputan Media Tahunan 2021 yang dikendalikan oleh agensi penganalisis media bertauliah pada akhir tahun lalu.”

“Agrobank berasa cukup berbesar hati dan berterima kasih kepada semua pengamal media serta organisasi media yang telah memberikan sokongan secara berterusan, menerusi penulisan dan penerbitan bahan berita berkaitan Agrobank di pelbagai medium dan platform sepanjang tahun 2021, khususnya dalam mengharungi tempoh getir ketika penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Tengku Ahmad Badli Shah berkata, sokongan padu dan berterusan daripada pihak media amat bermakna bagi Agrobank kerana fungsi penting yang dimainkan oleh media dalam membawa suara Agrobank untuk terus mendidik dan menyampaikan maklumat serta perkembangan semasa mengenai Agrobank untuk makluman dan manfaat umum dan pelanggan Bank khususnya.

“Ini secara tidak langsung telah meningkatkan kekuatan dan keterlihatan jenama Agrobank dikalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP) di bawah Kementerian Kewangan, Agrobank telah diberikan mandat oleh kerajaan untuk menyokong pembangunan dalam sektor pertanian negara sejak 1969, dan mandat ini akan kami teruskan untuk generasi dan komuniti agro akan datang,” tambah beliau.

Penerima anugerah “Agrobank Sidekick Salute Award” membawa pulang hadiah berupa kepingan emas, plak, cenderahati dan sijil penghargaan, manakala empat organisasi media yang dianugerahi “Agrobank Spotlight Award” menerima baucer makanan, plak, dan sijil penghargaan beserta cenderahati.

Sementara itu, media organisasi lain yang hadir, antaranya, Berita Harian, New Straits Times, Bernama, BernamaTV, System Televisyen Malaysia (TV3), The Edge, Utusan Malaysia, Kosmo, Astro, Astro Awani dan The Vibes menerima sijil penghargaan dan cenderahati tanda penghargaan kepada sokong berterusan kepada Agrobank sepanjang tahun 2021.

Majlis yang dihadiri oleh 60 orang tetamu termasuk barisan pengurusan kanan Agrobank serta petugas Agrobank, turut menerima buah tangan berupa buah nanas jenis Yankee yang diusahakan agropreneur Agrobank Mohd Nor Haji Sukimi (Wak Nor) di Tanjung Sepat, Banting, Selangor. Majlis turut dimeriahkan dengan 40 cabutan bertuah dan hiburan oleh kumpulan akustik.

Senarai penerima anugerah cemerlang Agrobank adalah seperti berikut:

Agrobank Sidekick Salute Award 2021 (Kategori Wartawan) 

1) Norshahzura Mat Zuki – Sinar Harian

2) Hazwan Faisal Mohamad – Berita Harian

3) Mahanum Abdul Aziz – Berita Harian

4) Sri Ayu Kartika Amri – Harian Metro

Agrobank Spotlight Award 2021 (Kategori Organisasi Media)

1)  Harian Metro – Media Bahasa Melayu Terbaik  

2) The Star – Media Bahasa Inggeris Terbaik   

3) Radio Televisyen Malaysia (RTM) –  Media TV & Radio Terbaik  

4) Sinar Harian – Media Dalam Talian Terbaik