Agrobank Bantu Usahawan B40 Jana Pendapatan Melalui Program Ternak Udang Galah
KUALA LUMPUR, 5 JUN 2024 – Agrobank Hari Ini Telah Menganjurkan Program Hijrah Asnaf Aquaprenuer Udang Galah Di Institute Of Aquaculture And Aquatic Sciences (I-AQUAS) Port Dickson, Negeri Sembilan Bertujuan Untuk Melakukan Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan Penternakan Udang Galah.
Program Khidmat Masyarakat Ini Dianjurkan Selaras Dengan Program Inkubator Keusahawanan Aquapreneur Pembenihan Udang Galah. Ia Merupakan Kerjasama Antara Agrobank Centre Of Excellence (ACE), Institute Of Aquaculture And Aquatic Sciences (I-AQUAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Dan Syarikat Peneraju, Benih Udang Port Dickson (BUPD).

“Usaha Ini Juga Dapat Membasmi Masalah Kemiskinan Melalui Peluang Pekerjaan Yang Dibuka Terutama Kepada Golongan Belia Yang Berminat Untuk Menceburi Sektor Perikanan Dan Keusahawanan. Pendapatan Yang Dijana Hasil Daripada Ternakan Udang Galah Dapat Menyara Keperluan Dan Kos Sara Hidup Yang Kian Meningkat,” Tambah Beliau.
Setiap Peserta Akan Diberikan Empat Tangki Ternakan, 70,000 Benih Udang Galah Serta Keperluan Lain Seperti Dedak Dan Bekalan Air. Hasil Ternakan Udang Galah Akan Dijual Semula Kepada Syarikat Peneraju Pada Harga Yang Ditetapkan.
Program Khidmat Masyarakat Ini Dibantu Oleh Lepasan Graduan Yang Pernah Menerima Tajaan Biasiawa Agrobank. Aktiviti Pembersihan Dan Penyusunan Alatan Bermula Seawal Jam 9:30 Pagi Disusuli Dengan Perkongsian Bersama Peserta-Peserta Hijrah Asnaf.
Agrobank Sentiasa Komited Dalam Membantu Semua Peringkat Masyarakat Terutamanya Golongan Berpendapatan Rendah Selaras Dengan Mandat Yang Diberikan Untuk Memperkasakan Komuniti Yang Kurang Mendapat Liputan Dan Perhatian (Unserved And Undeserved Communities).