AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Di Nobat Sebagai Penerima Anugerah Institusi Kewangan Pembangunan Peruncitan Islam Terbaik Dunia 2022



JAKARTA – Agrobank dinobat sebagai penerima “Best Islamic Retail Development Finance Institution in the World 2022 Award” di Islamic Retail Banking Awards (IRBA) ke-8 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, berkata, “Sebagai sebuah institusi perbankan Islam tempatan, kami berbesar hati untuk menerima pengiktirafan antarabangsa yang berprestij ini. Anugerah ini membuktikan kemuncak perjalanan transformasi Agrobank sebagai sebuah institusi perbankan Islam penuh (full-fledged Islamic bank) sejak tahun 2015, dan ini akan mendorong kami untuk terus memenuhi permintaan dan keperluan pasaran yang semakin meningkat.

“Kejayaan ini juga merupakan testimoni akan keupayaan kami dalam menyediakan produk-produk serta perkhidmatan perbankan Islam yang terbaik, terutamanya bagi produk-produk peruncitan berasaskan syariah, termasuk bagi segmen perusahaan kecil dan sederhana, dan pembiayaan mikro, kepada pelanggan kami yang dihargai sambil terus mengukuhkan kedudukan kami sebagai sebuah bank Islam yang disegani yang menyokong visi Malaysia dalam menjadi hab ekonomi Islam global,” kata Tengku Ahmad Badli Shah.

Dihadiri lebih 50 pemain industri perkhidmatan kewangan runcit Islam terbaik dari seluruh dunia, anugerah berprestij ini memberi pengiktirafan kepada individu dan institusi yang telah menunjukkan komitmen besar dan sumbangan yang signifikan kepada pembangunan, pertumbuhan dan kejayaan kepada perbankan peruncitan Islam.

Ketua Pegawai Strategi Agrobank, Mohamad Taufik Mahamad Zakaria turut hadir ke majlis anugerah tersebut.