AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank dan Persatuan Orang Kota Bharu Menandatangani Perikatan Strategik



KUALA LUMPUR Agrobank dan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) hari ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh YB.Datuk Hj. Ahmad Bin Hj Maslan, Timbalan Menteri Kewangan 1.

Majlis menandatangani ini bertujuan untuk mendaftarkan ahli ahli POKB di bawah Skim Perlindungan Takaful Kasih yang ditawarkan oleh Agrobank. Melalui MoU ini, 2,500 ahli POKB akan mendapat manfaat daripada skim insuran yang di sediakan oleh Agrobank. Kerjasama ini juga akan menyaksikan kedua-dua organisasi yang bekerjasama untuk mengenal pasti peluang pasaran dan mempromosikan produk yang sesuai untuk anggota POKB. Agrobank juga akan bekerjasama dengan POKB dalam membantu ahli ahli dalam program pembangunan keusahawanan.

Agrobank akan di wakili oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, YH Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman manakala POKB di wakili oleh Presiden YBhg Datuk Sheikh Mohd Dusuki. Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani ini ialah pegawai-pegawai kanan Agrobank dan anggota POKB.

Menurut YH Dato’ Wan Mohd Fadzmi, Agrobank amat berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan POKB dengan menyediakan kemudahan untuk ahli ahlinya dan percaya skim ini mampu memenuhi keperluan dan perlindungan yang diperlukan oleh ahli ahli POKB. Dengan sumbangan tahunan minimum sebanyak RM10, ahli POKB akan dilindungi untuk jumlah RM10,000 jika terjadi kematian dan hilang keupayaan kekal akibat kemalangan. kata beliau.

YBhg Datuk Hj. Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad, Presiden POKB berkata, selain daripada pelan insurans, ahli POKB yang ingin meneroka peluang pembangunan keusahawan dan Agrobank akan menjadi bank utama dalam membantu ahlinya melalui produk pembiayaan yang sedia ada.

Perjanjian ini sememangnya satu peluang yang menarik untuk Agrobank kerana ia meningkatkan kemampuan Agrobank dalam perkhidmatan pelanggan. Dikenali sebagai bank untuk aktiviti pertanian dikalangan masyarakat pertanian, Agrobank telah menambah pelbagai produk dan perkhidmatan yang mematuhi Syariah bagi menyokong keperluan pelanggan dalam pelbagai sudut dan pelan perlindungan insurans adalah salah satu daripada produk yang popular. Skim Takaful Kasih telah diperkenalkan pada tahun 2007 oleh Agrobank dangan tiga (3) pelan iaitu Pelan 1, 2 dan 3 dengan sumbangan tahunan sebanyak RM10, RM20 dan RM50 bagi setiap pelan. Setakat September 2014, Agrobank