AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Rasmi Cawangannya Yang ke-188



SEMENYIH, SELANGOR – Agrobank hari ini merasmikan cawangannya yang ke-188 di Semenyih bagi menyediakan perkhidmatan perbankan untuk komuniti pertanian. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri Faizah Mohd Tahir, Pengerusi Agrobank dan dihadiri lebih 100 orang tetamu dan pelanggan Agrobank.

Agrobank Semenyih dilihat sebagai sebuah lokasi yang strategik bagi komuniti di Semenyih memandangkan ianya mempunyai aktiviti pertanian yang kukuh terdiri daripada ladang kelapa sawit, ladang getah dan dusun buah-buahan.

Menurut YBhg Tan Sri Faizah Mohd Tahir, “Pembukaan cawangan Semenyih ini akan mewujudkan perkhidmatan perbankan dan pembiayaan yang mudah bagi penduduk di Semenyih dan kami berharap masyarakat di sini akan mendapat manfaat daripada produk dan perkhidmatan yang ditawarkan Agrobank”.

Di majlis perasmian tersebut, YBhg Tan Sri Faizah Mohd Tahir telah menyampaikan Surat Tawaran kepada pelanggan Agrobank iaitu, Encik Azhar bin Abdul Razak bagi “Pembiayaan 3F” dan Mr. Sanmuga A/L Thangarajam bagi produk “Hartani-i” dengan jumlah pembiayaan bernilai RM341,000.00. Beliau juga turut menyampaikan Surat Pelantikan kepada dua AGROAgent iaitu; Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sepang dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Laut.

Agrobank juga mensasarkan untuk melantik 366 ejen di seluruh negara pada tahun 2015 bagi menyediakan perkhidmatan perbankan asas di kawasan luar bandar melalui ejen perbankan. Dengan pelantikan AGROAgent di kawasan luar bandar, pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke bandar yang terdekat bagi membuat pengeluaran dan deposit kerana AGROAgent ditempatkan di lokasi yang strategik dalam kawasan kejiranan mereka.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Ainul Rofidza Ibrahim, 03-2731 1600 ext. 2624 / ainul.ibrahim@agrobank.com.my; Nor Faeza Sabari, 03-2731 1600 ext. 1672 / nfaeza@agrobank.com.my; Syarifah Syameen Syed Johari, 03-2731 1600 ext. 1652 / syameen@agrobank.com.my