AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Lancarkan kad Visa Debit-i Perniagaan Yang Pertama di Malaysia



Agrobank hari ini melancarkan KAD AGRO VISA  DEBIT-i untuk pelanggan individu dan perniagaan, yang membolehkan pelanggan mengakses dana mereka di Agrobank secara elektronik melalui rangkaian Visa tempatan dan di seluruh dunia. Agrobank merupakan bank pertama di Malaysia dan di Asia Pasifik yang memperkenalkan produk kad debit bagi pelanggan perniagaan berasaskan konsep Syariah.

Majlis pelancaran ini telah diadakan di Putrajaya dan telah dirasmikan oleh YB . Dato ‘ Sri Ismail Sabri bin Yaakob , Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia ( MoA ). Turut hadir pada majlis pelancaran adalah Puan Marina Abdul Kahar , Pengarah Jabatan Kewangan Pembangunan dan Enterpris, Bank Negara Malaysia, Encik Ng Kong Boon , Pengurus Wilayah untuk Malaysia dan YH. Dato ‘ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank.