AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

e-Book Kesan COVID-19 Dan Jaminan Bekalan Makanan Negara

Pandemik COVID-19 adalah krisis kesihatan yang turut memberi ancaman kepada jaminan bekalan makanan dan nutrisi kepada berjuta manusia di seluruh dunia. Laporan Global 2020 mengenai Krisis Makanan (GRFC) menyatakan bahawa pandemik COVID-19 dapat mengakibatkan kemerosotan terhadap jaminan bekalan makanan sehingga ke tahap kritikal.

Agrobank dengan ini telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan satu penerbitan yang merupakan kompilasi artikel nukilan pemain penting dalam industri pertanian dan agromakanan yang terdiri daripada ahli akademik, pembiaya dan juga pemimpin agro yang terlibat secara langsung dalam sektor pertanian negara.

Artikel-artikel ini mengupas isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam industri pertanian dan agromakanan ekoran penularan pandemik COVID-19 dan solusi-solusi untuk mempersiapkan pemain industri dalam menghadapi sebarang krisis mendatang dan sekali gus meningkatkan kestabilan jaminan bekalan negara dalam jangka masa panjang.

Untuk mendapatkan naskah fizikal (naskah adalah terhad), sila hantar e-mel beserta butiran lengkap seperti nama penuh, alamat dan nombor telefon ke scd@agrobank.com.my