AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Pembukaan Pusat Pembiayaan Komersial Di Kampung Raja , Cameron Highlands



Pengerusi Lembaga Pengarah Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini telah merasmikan sebuah Pusat Pembiayaan Komersial yang khusus untuk memproses permohonan pembiayaan komersial yang bertempat di Kampung Raja, Cameron Highlands.

Penubuhan cawangan ini merupakan yang pertama kali diwujudkan oleh Agrobank sebagai salah satu daripada perancangan strategik Bank untuk memberi perkhidmatan kewangan di kawasan itu yang terdapat banyak aktiviti pertanian. Dengan adanya pusat ini, pelanggan sedia ada serta bakal pelanggan Agrobank yang terdiri daripada usahawan kecil dan sederhana dapat memperoleh maklumat serta membuat permohonan pembiayaan dengan lebih mudah kerana operasi pusat ini bertumpu kepada memproses pembiayaan komersial.