Agrobank Beri Pembiayaan Berkelompok Cili Fertigasi-i Di Bawah PPK Kuala Langat
Agrobank memberi pembiayaan bagi kos operasi kepada peserta projek tanaman cili fertigasi di bawah seliaan PPK Kuala Langat. Ini merupakan satu lagi kerjasama strategik di bawah inisiatif Agrobank dalam usaha untuk membangun dan memberi akses pembiayaan kepada komuniti pertanian. pertanian.“Sebagai sebuah bank yang memahami keperluan komuniti pertanian, Agrobank menawarkan pembiayaan kewangan komprehensif untuk sektor pertanian yang merangkumi aktiviti huluan seperti input bekalan pertanian, kepada aktiviti hiliran seperti memproses dan menjual produk pertanian kepada pengguna.