AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Bantuan Banjir Agrobank Buat Pelanggan Kami Yang Terkesan



BANTUAN BANJIR AGROBANK BUAT PELANGGAN KAMI YANG TERKESAN
 
Kebajikan para pelanggan adalah keutamaan kami justeru, ekoran bencana banjir yang sedang melanda negara pada ketika ini, Agrobank menyediakan pelan ‘Bantuan Banjir Agrobank’ khusus untuk pelanggan kami yang terkesan dengan menawarkan bantuan moratorium dan pengecualian caj ke atas penukaran kad debit ATM dan buku akaun simpanan.
 
Pelanggan yang terkesan boleh memohon melalui pautan /my/flood2022/ atau menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Agrobank di talian 1-300-88-2476 atau berkunjung ke mana-mana cawangan Agrobank yang terdekat bagi memohon serta mendapatkan maklumat lanjut berkenaan bantuan ini.