AgroCash-i (Bai' Al-Inah) AgroCash-i (Bai' Al-Inah)

 

Menyediakan kemudahan pembiayaan bagi tujuan pembiayaan kepenggunaan (konsumer) terutama yang berkaitan dengan aktiviti pertanian dan asas tani.

Kelayakan

  • Kakitangan Kerajaan
  • Bayaran balik melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).
  • Potongan tidak melebihi 60% termasuk ansuran pembiayaan ini (Potongan BPA).
  • Status jawatan tetap. Kakitangan yang bertaraf kontrak boleh dipertimbangkan melalui jaminan individu.
  • Berumur 18 hingga 60 tahun atau sehingga tarikh persaraan (yang mana terdahulu).
  • Pendapatan kasar pemohon (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang RM1,000.00 sebulan.

Kakitangan Syarikat Berkaitan Kerajaan Terpilih (GLC)

  • Bayaran balik melalui potongan Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA).
  • Potongan tidak melebihi 50% termasuk pembiayaan ini (Potongan BPA).
  • Status jawatan tetap dan telah berkhidmat melebihi 3 tahun.
  • Berumur 21 sehingga 60 tahun atau sehingga tarikh persaraan (yang mana terdahulu).
  • Pendapatan kasar pemohon (termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang RM2,000.00 sebulan.


Had Pembiayaan

  • Sehingga RM100,000

Tempoh Pembiayaan
Sehingga 120 bulan (10 tahun)

Perlindungan Takaful

  • Pelanggan diwajibkan untuk mengambil skim takaful kredit

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan penyata gaji tiga (3) bulan terakhir
  • Surat pengesahan oleh majikan
  • Penyata bank pembayar gaji

 

 

Kadar Keuntungan *

TahunKadar RataKadar Terapung
Sehingga 3 tahun3.66%KABP + 0.30% setahun
Sehingga 10 tahun3.87%

 

Bayaran Perkhidmatan

  • Dikecualikan

 

Untuk sebarang pertanyaan, sila kunjungi mana-mana cawangan kami yang terdekat.
*Tertakluk kepada perubahan semasa

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox Versi 2.0 dan ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768