AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agenda Agro bakal kupas prospek dan peluang dalam sektor pertanian



KUALA LUMPUR – Agrobank akan menganjurkan sebuah program perkongsian ilmu yang dikenali sebagai Agenda Agro yang akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Oktober 2018 (Selasa).  Topik utama perbincangan adalah mengenai Prospek dan Peluang dalam Sektor Pertanian.s

Agenda Agro bertujuan untuk menyokong inisiatif strategik Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam mengenengahkan peluang di dalam sektor pertanian dan industri asas tani serta pada masa yang sama mengupas topik-topik atau info terbaharu yang ada di dalam industri ini.  Perkongsian ilmu ini dijangka menjanjikan informasi yang bermanfaat kepada semua komuniti pertanian terutamanya usahawan dalam bidang pertanian dan asas tani.

Selain itu, penganjuran Agenda Agro ini juga adalah antara inisiatif untuk  merealisasikan iltizam Agrobank dalam usaha menempatkan bank ini sebagai sebuah institusi kewangan yang releven untuk menjadi rujukan utama terutamanya perkara yang berkaitan pertanian. 

Agenda Agro yang ke-tujuh ini di mana sebelum ini telah diadakan di Perlis, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak merupakan antara program penting bagi Agrobank  yang bertujuan untuk berkongsi infomasi tentang sektor pertanian kepada agropreneur yang ingin meluaskan empayar perniagaan mereka serta turut bermanfaat kepada bakal agropreneur.

  • English
  • Bahasa