BERWASPADA KEPADA PERBUATAN SINDIKET PENIPU DENGAN TAKTIK MENEPUK BAHU DAN MENUKARKAN KAD ATM SEMASA ANDA BERURUSAN DI MESIN ATM
Announcement
Announcement
NOTIS PENAFIAN
Adalah dimaklumkan bahawa Agrobank (Bank Pertanian Malaysia Berhad) dengan ini memberikan notis bahawa pihak kami tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian atau mengadakan apa-apa rundingan, kerjasama mahupun perkongsian dengan mana-mana individu atau syarikat penjualan emas atau apa-apa pelaburan berkaitan emas.
Pihak bank juga tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana penulis atau pemilik mana-mana laman sesawang untuk menyiarkan maklumat dan gambar-gambar berkaitan pihak bank. Pihak Agrobank dengan ini menolak tuntutan apa-apa liabiliti yang timbul akibat tindakan mana-mana pihak atau entiti bergantung kepada keseluruhan atau sebahagian penerbitan daripada mana-mana laman sesawang.
Pihak bank tidak akan bertanggungjawab ke atas akibat yang timbul daripada tindakan menggunakan informasi daripada maklumat yang diterbitkan melalui mana-mana laman sesawang.