Perbankan Internet AGRONET Perbankan Internet AGRONET

Pengenalan

Melalui AGRONet, pelanggan boleh melakukan urusan perbankan mereka secara serta merta, pada masa dan tempat yang mereka kehendaki. Ianya boleh dilakukan di rumah, di tempat kerja atau di mana-mana tempat di dunia dengan akses internet.

AGRONet beroperasi dari 04:00 sehingga 12:00 setiap hari (termasuk SABTU, AHAD dan Cuti Umum) dan dari 06:00 sehingga 12:00 pada hari pertama setiap bulan.

Ciri-ciri AGRONet
Berikut adalah mengenai AGRONet yang mudah digunakan dalam perkhidmatan perbankan internet

  • Menyemak baki akaun anda
  • Membaca dan memuat turun butiran penyata
  • Melihat simpanan tetap dan butir-butir pinjaman anda
  • Memindahkan wang antara akaun anda sendiri di Agrobank
  • Memindahkan wang ke akaun pihak ketiga di Agrobank
  • Memindahkan wang ke akaun Bank lain
  • Membayar bil anda kepada payee yang disenaraikan
  • Membuat pembayaran sekali atau menetapkan payee yang dikehendaki
  • Menetapkan had transaksi anda
  • Menerima makluman daripada Bank melalui sistem mesej telah diadakan
  • Blok kad ATM anda

Berapa kos dikenakan?
Tiada kos dikenakan dan tiada yuran bulanan atau tahunan. Anda hanya dikenakan yuran caj transaksi berdasarkan transaksi tertentu. Menguruskan wang anda melalui internet banking lebih murah berbanding melalui manual atau transaksi di cawangan. Ia juga lebih cepat dan mudah.

Sertailah sekarang

Cara Mendaftar

  • Kunjungi cawangan Agrobank berhampiran anda.
  • Buka akaun dan dapatkan kad ATM.
  • Log masuk ke www.agronet.com.my dan klik pada "Register An Account".
  • Baca dengan teliti Terma dan Syarat dan klik "Accept".
  • Masukkan Nombor Akaun Agrobank, Nombor Kad ATM dan Nombor PIN anda.
  • Masukkan Kata Laluan, Kata Kekunci dan pilih Gambar Online anda.

Hubungi 1 300 88 2476 (tekan 3, kemudian 1) untuk pengaktifan, dan anda boleh menggunakannya. 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox Versi 2.0 dan ke atas dengan resolusi skrin 1024 x 768