AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Press Releases

Agrobank Rai Pelanggan Korporat, Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Sempena Aidilfitri



KUALA LUMPUR – Agrobank hari ini menyampaikan zakat berjumlah RM72,000 kepada beberapa pertubuhan anak yatim dan ibu tunggal. Penyampaian zakat tersebut disempurnakan oleh YB Dato’ Othman Aziz, Timbalan Menteri Kewangan di satu majlis jamuan raya yang berlangsung di ibu negara.

Pemberian zakat tersebut merupakan sebahagian dari zakat perniagaan Agrobank berjumlah RM 1.37 juta yang sedang diagihkan bagi pembahagian zakat untuk tahun 2014.

Menurut Dato’ Wan Mohd Fadzmi bin Wan Othman, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, banyak yang warga kerja Agrobank perlu bersyukur kerana tahun lalu merupakan tahun terbaik buat Bank daripada segenap aspek.

Pada tahun lalu Agrobank telah berjaya mencapai nilai pembiayaan tertinggi iaitu sebanyak RM7.78 billion yang juga merupakan pertumbuhan tertinggi yang direkod bagi lima (5) tahun kebelakangan ini. Untuk suku tahun pertama kita telah menyumbang sebanyak RM4.69 billion dalam pembiayaan sektor pertanian primer dan RM2.86 billion dalam sektor agromakanan. Setakat suku tahun pertama, kita telah mencapai pertumbuhan pembiayaan sebanyak 4.62% berbanding tahun lalu iaitu sebanyak RM343.67 juta. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan buat kita di Agrobank. Selain itu, Agrobank juga telah memperkenalkan 25 jenis perkhidmatan dan produk berkonsep patuh syariah kepada umum, kata Dato’ Wan Mohd Fadzmi.

Tambah Dato’ Wan Mohd Fadzmi, di atas usaha dan komitmen yang ditunjukkan warga kerja Agrobank, Agrobank telah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa di atas kejayaan bank dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan kewangan yang terbaik untuk sektor pertanian dan asas tani.

  • Anugerah dari Association of Development Financing Institutions in Asia Pacific atau ADFIAP yang mengiktiraf usaha cemerlang Agrobank dalam rangkuman kewangan di Samoa New Zealand.
  • Good Governance Award yang diterima di Istanbul Turki untuk kategori Perkhidmatan Kewangan oleh jawatankuasa Global Good Governance.
  • Yang terbaru, Anugerah Karlsruhe untuk kategori Anugerah Pembiayaan Projek Lestari Cemerlang bagi produk Paddy-i yang diterima di Jerman.

Di majlis penyerahan zakat yang diadakan bersempena sambutan Aildilfitri Syukur Syawal Agrobank, seramai enam (6) penerima yang terdiri daripada individu, pertubuhan amal telah menerima zakat. Antara penerima zakat pada majlis berkenaan adalah Rumah Siraman Kasih, Rumah Amal Limpahan Kasih, Keluarga Besar Norlina Alawi Berhad, Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Rumah Penyayang Wadi Sakinah serta individu Encik Mislan Nin jambari yang merupakan seorang asnaf kurang upaya.

 

DSC_5718

DSC_5648

DSC_5600

 

  • English
  • Bahasa