AGROBANK Logo
  • Downloads
  • Branch/ ATM Locator
  • Search

Agrobank Announced Winners of ‘Festival Agrobank’ Campaign



KUALA LUMPUR – Agrobank hari ini menawarkan hadiah sebuah kereta Proton Preve kepada pelanggannya yang merupakan pemenang cabutan bertuah sempena kempen “Festival Agrobank 2013”. Acara tersebut disempurnakan oleh YBhg Dato’ Mohd Arif Bin Ab Rahman, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan di MAEPS, Serdang sempena Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2014 (MAHA 2014).

Kempen Festival Agrobank tahun 2013 yang bermula pada 1 Ogos- 31 Disember 2013 itu merupakan kempen mempromosi produk Skim Perlindungan Kemalangan Diri Takaful Kasih Pelan 3 yang bermilai RM50 selain mempromosi Takaful Kredit bagi pembiayaan pinjaman peribadi Agrobank.

Menurut Y.H Dato’ Wan Mohd Fazmi Wan Othman, sejak festival ini dilancarkan pada bulan Ogos 2013, bilangan pelanggan yang menyertai Skim Perlindungan Kemalangan Diri Takaful Kasih Pelan 3 telah meningkat sebanyak 356% dari tahun 2012. Ini merupakan peningkatan sebanyak 9,651 dari 3,957 bilangan jualan pada 2012.

“Berdasarkan pencapaian tersebut, Agrobank telah melancarkan Kempen Festival Agrobank 2014 Fasa ke-2 yang menawarkan hadiah yang lebih menarik iaitu Honda City sebagai hadiah utama. Selain itu terdapat hadiah-hadiah lain seperti 3 unit Motosikal, 5 unit Samsung Galaxy tab dan 5 unit Samsung LED TV”, tambah beliau lagi.

Pada sesi cabutan bertuah kempen Festival Agrobank 2013 yang berlangsung hari ini, seramai sembilan orang pelanggan telah terpilih untuk memenangi hadiah-hadiah seperti kereta, motosikal dan televisyen.

Kempen ini bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan pelanggan Agrobank dan juga orang ramai tentang pentingnya perlindungan kemalangan diri terutamanya mereka yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai apa-apa faedah hospital.

  • English
  • Bahasa