AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Pemenang Utama Kempen Agro Wonders Bawa Pulang Ford Ranger



KUALA LUMPUR – Agrobank hari ini meraikan lapan (8) pemenang Kempen Agro Wonders di Majlis penyampaian hadiah yang telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Pengerusi Agrobank sempena majlis sambutan hari raya Aidilfitri Agrobank.

Kempen Agro Wonders 2017 telah berlangsung bermula pada 1 Jun sehingga 31 Disember 2017 terbuka kepada pelanggan Agrobank yang melanggan produk berasaskan fi iaitu Takaful Kasih Plus, Agro Mabrur-i, Agro Nurani, Agro Madani dan penulisan Wasiat.

Dua (2) pemenang utama membawa pulang Ford Ranger dan Volkswagen Polo.  Selain daripada itu, pemenang lain juga turut membawa pulang barangan kemas, pakej percutian dan pelbagai lagi hadiah menarik lain dengan jumlah keseluruhan hadiah bernilai RM254, 500.  Berikut adalah senarai pemenang utama bagi Kempen Agro Wonders:

Kempen ini merupakan salah satu inisiatif bank untuk mempromosikan produk berasaskan fi terutamanya produk perlindungan Takaful Kasih Plus yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Takaful Kasih Plus dibuka kepada semua dan tidak terhad kepada komuniti pertanian dan industri asas tani.  Melalui perlindungan ini, para pelanggan boleh mendapat manfaat perlindungan bernilai RM10,000 (1 tahun) dengan bayaran hanya RM10.00 setahun. 

Pada majlis yang sama, Agrobank juga turut menyampaikan sumbangan zakat kepada 7 buah organisasi berjumlah RM147,750 dan menyampaikan biasiswa kepada 21 orang pelajar dengan jumlah keseluruhan biasiswa sebanyak RM640,000.