AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Program Celik Wang Agrobank Didik Pelajar Mengenai Asas Pengurusan Wang



Kuala Lumpur Agrobank hari ini menganjurkan satu program tanggungjawab sosial korporat yang dikenali sebagai Program Celik Wang yang diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur. Program telah dirasmikan oleh Encik Suhaimi Ali, Pengarah Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran, Bank Negara Malaysia. Turut hadir, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman.
 
Program yang melibatkan murid-murid dari sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur ini merupakan salah satu usaha dalam menyuntik kesedaran tentang kepentingan pengurusan wang dengan berhemah serta memberi ilmu dan tunjuk ajar mengenai cara menggunakan wang dengan bijak.
 
Menurut Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, ilmu berkenaan pengurusan kewangan di peringkat awal  merupakan satu perkara penting terutama bagi golongan belia pada hari ini. Ini kerana mereka sering berdepan dengan cabaran menguruskan kewangan  sehingga  menyebabkan  mereka terperangkap dalam bebanan hutang di usia muda.
 
Pada tahun 2015 direkodkan 23,484 orang golongan belia yang berumur antara 25 hingga 34 tahun diisytihar muflis. Oleh yang demikian taklimat pengurusan kewangan yang mensasarkan generasi baru ini adalah amat penting agar mereka dapat menguruskan wang sebaiknya pada masa sekarang dan masa akan datang.
 
Sebagai  salah  sebuah  institusi  kewangan  yang  berpengalaman  lebih  46  tahun  di negara ini, Agrobank yakin pengurusan wang di peringkat awal amat penting dalam membentuk  sahsiah  kemahiran  diri  seorang  terutamanya  dalam  menguruskan kewangan di era digital hari ini, kata Dato’ Wan Mohd Fadzmi.
 
Menurut Encik Suhaimi Ali, Pengarah Jabatan Konsumer dan Amalan Pasaran, Bank Negara  Malaysia,  Bank Negara  Malaysia  amat  komited  dalam  menyampaikan
pendidikan kewangan secara berterusan dari usia muda supaya masyarakat celik wang dapat diwujudkan.
 
Untuk mencapai matlamat ini, Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan  Malaysia  sedang  giat  mengintegrasikan  elemen  pendidikan  kewangan dalam kurikulum sekolah secara berperingkat sejak tahun 2014 bagi sekolah rendah dan mulai tahun 2017 bagi sekolah menengah. Elemen-elemen pendidikan kewangan yang  telah  diterapkan  dalam subjek  Bahasa  Melayu,  English,  Matematik  dan Pendidikan  Moral  bagi  Tahun  4  dan  5 sehingga  kini.  Ini merupakan satu langkah positif dalam mendidik murid-murid dengan nilai-nilai murni dan seterusnya memupuk pembentukan sahsiah yang baik ke arah menjadikan adik- adik yang hadir pada hari ini celik wang kata Encik Suhaimi Ali.
 
Pada program ini juga, para peserta diberi penekanan tentang tiga (3) elemen penting dalam pengurusan wang yang bijak iaitu ‘Save, Spend and Share. Menerusi cara ini, murid-murid akan lebih mudah memahami tentang teknik menyimpan wang dengan cara mudah dan efektif.
 
Pada Program Celik Wang kali ini, seramai 110 orang pelajar dari tiga (3) buah sekolah iaitu  melibatkan  SK  Selayang  Jaya,  SK  Bukit  Kuda,  Klang  dan  SK  Sri  Ceding, Banting, Selangor telah menyertai  program. Pada program ini juga, para pelajar telah dibawa melawat pelbagai galeri menarik dan interaktif terdapat di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia antaranya Galeri Wang untuk kanak-kanak, Galeri Numismatik yang memaparkan sejarah wang  dan Galeri Kewangan Islam.
 
Rata-rata pelajar yang menyertai program ini sangat teruja dengan aktiviti yang dijalankan dan sangat berbangga dapat menjejakkan kaki ke Bank Negara Malaysia. Mohd Shahrilrizam Mohd Zamrin, murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Bukit Kuda, Klang berkata, selepas menyertai program ini saya lebih bersemangat untuk mendisiplinkan diri untuk menguruskan duit simpanan saya. Saya juga teruja dan seronok kerana dapat melawat kesemua galeri yang ada di Bank Negara ini.
 
Guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Selayang Jaya, Encik Mohamad Shahhir Bin Shaharani turut berkongsi pandagan tentang program ini. Konsep yang diketengahkan iaitu “Save, Spend and Share” adalah sangat berguna dan mudah difahami pelajar sekolah. Melalui program begini, ia dapat membentuk tabiat pelajar untuk menguruskan wang dengan betul dari peringkat awal kerana melentur buluh perlulah dari rebungnya.
 
Program pendidikan ini dibentuk berdasarkan “projek Buku Wang Saku”, kemudahan dan program-program menarik yang terdapat di Galeri Sasana Kijang.
 

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????