AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Bicara Agro: Siri Perkongsian Ilmu Mengenai Industri Pertanian Dan Asas Tani



Kuala Lumpur- Agrobank hari ini  menganjurkan ‘Bicara Agro’  yang membincangkan pelbagai topik dan isu  berkaitan sektor pertanian dan industri asas tani. Penceramah yang dijemput adalah tokoh-tokoh usahawan tani dan agromakanan, ahli akademik dan pakar teknologi yang terlibat dalam industri asas tani.

Siri bual bicara ini merupakan satu cetusan ilham dari YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, sebagai inisiatif untuk berkongsi ilmu kepada masyarakat menerusi pembentangan idea baru berkenaan industri pertanian dari kaca mata tokoh-tokoh usahawan yang telah berjaya dalam industri.

Menurut YH Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, untuk tahun 2016  Agrobank telah merancang untuk mengadakan siri program bual bicara ini sebanyak dua bulan sekali. Setiap sesi Bicara Agro akan membariskan tiga atau empat penceramah dari pelbagai bidang pertanian dan asas tani.

Program ini merupakan inisiatif Agrobank dalam menyokong usaha Kementerian Pertanian untuk memperbanyakkan penganjuran  program perkongsian ilmu untuk topik-topik yang melibatkan isu-isu berkenaan pertanian dan industri asas tani serta membicarakan agenda agro seperti pembangunan industri dan garapan teknologi dalam pertanian, tambah beliau.

Untuk siri yang pertama, program Bicara Agro ini turut dihadiri oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato Seri Shabery Cheek, Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani YB Tuan Anthony Nogeh Anak Gumbek dan turut  disertai 180 tetamu yang terdiri dari pengurusan Agrobank, usahawan asas tani dari Selangor, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta penuntut Universiti Putra Malaysia.

Untuk siri kali ini, seramai tiga (3) orang penceramah jemputan telah dijemput untuk berkongsi ilmu. Senarai penceramah dan topik dibincangkan adalah seperti berikut:

BicaraAgro_Table-01

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????