AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Produk Agrobank, Hartani-i Diiktiraf Sebagai ‘Critics’ Choice Best Islamic Product’ Untuk Kategori Pembiayaan Pertanian Di Anugerah Perbankan Runcit Islam 2016



DUBAI – Produk pembiayaan Agrobank, Hartani-i telah dinobatkan sebagai „Critics’ Choice Best Islamic Product’ untuk segmen pembiayaan pertanian pada Majlis Anugerah Perbankan Runcit Islam 2016. Encik Noor Azlan Abdul Manan, Naib Presiden Kanan, Pejabat Ketua Pegawai Perkhidmatan Agrobank mewakili Agrobank untuk menerima aanugerah tersebut pada majlis yang berlangsung di Dubai baru-baru ini.

Mengulas mengenai pengiktirafan yang diterima, Dato‟ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank berkata Agrobank amat berbesar hati untuk menerima pengiktarafan ini, “Ia merupakan satu penghormatan tertinggi buat produk Hartani-i untuk diiktiraf sebagai “Critics Choice Best Islamic Product” untuk tahun 2016 bagi kategori pembiayaan pertanian.Hartani-i merupakan sebuah produk pembiayaan bagi individu untuk membeli tanah pertanian. Hartani-i merupakan salah satu produk pembiayaan utama Agrobank.

Menurut Dato‟ Wan Mohd Fadzmi, produk ini telah diperkenalkan pada tahun 2014 dengan tujuan untuk mengalakkan pemilikan tanah pertanian untuk semua golongan termasuk golongan profesional seperti doktor dan mereka yang bekerja di sektor swasta agar golongan ini boleh memiliki tanah sebagai sebahagian daripada pelaburan atau persaraan. Objektif utama pengenalan produk ini adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli tanah pertanian bagi mengusahakan projek-projek pertanian, atau untuk tujuan pelaburan. Ia juga sebahagian dari golongan profesional memanfaatkan pembiayaan ini sebagai sebahagian daripada „usaha menabung‟ dan rancangan pelaburan (tanah) untuk masa depan.

“Dengan produk pembiayaan berinovasi seperti ini, individu dengan pendapatan tetap setiap bulan boleh memiliki tanah pertanian untuk tujuan bertani ataupun untuk pelaburan. Kadar keuntungan yang ditawarkan juga adalah sangat kompetitif dan tempoh pembiayaan yang boleh mencecah sehingga 20 tahun. Di samping itu,produk Hartani-i menawarkan pembiayaan sehingga 100% kepada pemohon yang layak, ” kata Dato’ Wan Mohd Fadzmi.

“Kami turut dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pemilihan kagum produk Hartani-i yang dikatakan produk tunggal seumpamanya yang ditawarkan di perbankan runcit Islam di mana-mana negara lain. Produk ini telah direka khusus untuk membiayai pembelian tanah pertanian dan mereka (Jawatankuasa) telah memutuskan untuk mengetengahkan produk ini di peringkat global bagi mewujudkan kesedaran mengenai produk unik ini. Agrobank memang bangga dikaitkan dengan Anugerah Perbankan Runcit Islam untuk pengiktirafan yang yang membanggakan ini, ” tambah Dato’ Wan Mohd Fadzmi.

dubai