AGROBANK Logo
  • Muat Turun
  • Cawangan/ Lokasi ATM
  • Search

Agrobank Tandatangani Mou Dengan Kada



KUALA LUMPUR – Agrobank hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA). MoU ini mengariskan tiga (3) bidang kerjasama yakni sistem pembayaran yang ditambah baik, perlindungan takaful dan AgroAgent.

Menerusi memorandum ini, Agrobank telah menambah baik sistem sedia ada bagi memantapkan System Accounting for Government Agencies atau SAGA yang telah digunapakai KADA untuk memudahkan proses pembayaran kepada pembekal. Antara pembaharuan ke atas sistem pemindahan elektronik yang dijalankan Agrobank adalah perkhidmatan bayaran secara pukal, sistem penggajian, buku tunai, perkhidmatan tuntutan kakitangan, produk pembiayaan dan banyak lagi .

Upacara menandatangani MoU disempurnakan oleh Dato Wan Mohd Fadzmi Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank sebagai wakil Agrobank dan Pengerusi KADA, Dato Alwi Che Ahmad yang mewakili KADA.

Turut hadir menyaksikan majlis ini ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan Mohd Ridzuan Ismail Pengurus Besar KADA.

Menurut Dato’ Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Agrobank sangat berbesar hati menjalinkan kerjasama dengan KADA dan percaya perkhidmatan yang ditawarkan Agrobank mampu memenuhi keperluan kewangan dan perbankan yang diperlukan ahli-ahli KADA.

“Kerjasama di antara Agrobank dan KADA adalah usaha dalam memperkasakan sinergi antara Agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dalam pada masa yang sama memudahkan proses operasi agensi berkenaan sekaligus memantapkan sektor pertanian ke arah hala tuju tepat seperti dirancang kementerian.” kata beliau.
Dalam pada itu, Agrobank turut memperkenalkan produk takaful istimewa kepada ahli berdaftar KADA di bawah program ‘Satu Petani Satu Takaful’. Dengan harga serendah RM20, insuran ini bakal memberikan manfaat yang lengakp kepada pemiliknya.

“Setakat ini 2000 ahli KADA telah melanggan skim insuran ini dan kita yakin jumlahnya akan bertambah dari masa ke semasa memandangkan harga insuran yang ditawarkan berpatutan dan sangat bermanfaat,” kata Dato’ Wan Mohd Fadzmi.

Berbeza dari insuran takaful yang lain, ahli KADA akan dilindungi dengan pelbagai perlindungan antaranya kematian dan hilang upaya sebanyak RM1000, Kematian dan Hilang Upaya Kemalangan sebanyak RM5000, belanja pengebumian untuk kematian biasa dan kemalangan bernilai RM1000 serta beberapa lagi manfaat istimewa yang lain.

Pada majlis tersebut, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery turut menyampaikan cek untuk waris Allahyarham Md Yusoff Zakaria yang merupakan bekas ahli KADA. Cek ini bernilai RM2000 sebagai pampasan dari perlindungan takaful berkelompok daripada Agrobank yang telah dilanggan beliau semasa menjadi ahli KADA.
Pada majlis yang sama, Agrobank turut mengumumkan lima (5) ejen perbankan di bawah KADA yang telah dilantik sebagai ejen perbankan Agrobank atau AgroAgent iaitu Pertubuhan Peladang Kawasan Bakat Baru, Pertubuhan Peladang Kawasan Kubang Sepat, Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunung, Pertubuhan Peladang Kawasan Tanjung Puri, Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Ketereh dan Pertubuhan Peladang Kawasan Nilam Puri.

Setakat 1 Januari 2016, AgroAgent kini mempunyai 142 ejen perbankan di seluruh negara. Melalui khidmat AgroAgent, ahli kad Agrobank dan orang ramai dapat membuat transaksi asas seperti menyimpan dan mengeluarkan wang, membayar bil utiliti dan tambah nilai kad prabayar.

MUATNAIK SIARAN MEDIA

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????